Polis buka kertas siasatan video, mesej lucah pendakwah terkenal

September 23, 2021 · Isu semasa

Bukit Aman membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal negara ini dan tular di laman sosial Telegram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Katanya, pihaknya juga menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta untuk menyalurkannya kepada Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di taliam 03-22666071.

Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat pendedahan berhubung gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang penceramah terkenal di laman sosial Telegram.

Tindakan Multiracial Reverted Muslims (MRM) mendedahkan beberapa keping tangkap layar yang memaparkan perbualan berunsur lucah antara penceramah terkenal terbabit dengan seorang wanita itu didedahkan bertujuan untuk kesedaran bahayanya pemangsa seksual.

Sebelum ini, pengasas MRM, Firdaus Wong Abdullah buat pertama kali tampil mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual individu yang mendakwa sebagai seorang pendakwah terkenal.

Semua bukti tersebut didedahkan Firdaus Wong menerusi saluran aplikasi Telegram miliknya.

Menurut Firdaus Wong, mangsa berkenaan telah menghantar tangkap layar kiriman WhatsApp dan Instagram kepadanya meminta untuk berkongsi bukti tersebut untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok