Undi 18: Kerajaan tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching

September 21, 2021 · Isu semasa

Kerajaan tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching, sebaliknya akan mematuhi perintah supaya Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan selewat-lewatnya 31 Disember tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Kabinet pada 10 September lalu menbuat keputusan untuk tidak mengemukakan rayuan berhubung kes itu.

“Keputusan semakan hakim isu Undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching telah memerintahkan supaya umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

“Justeru, walaupun dengan kekangan dan kekurangan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Beliau menjawab soalan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mengenai status pelaksanaan Undi 18 dan langkah-langkah diambil untuk melaksanakannya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Junaidi berkata SPR sebelum ini menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil dalam menangani isu-isu berkaitan pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dapat diselesai dan dilaksanakan selewat-lewatnya pada September 2022.

Beliau berkata SPR sedang dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik seperti yang diluluskan Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-14.

Persiapan itu, katanya meliputi pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) serta penyediaan sistem serta infrastruktur bagi pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik.

“Di samping itu, SPR juga telah mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik antaranya adalah membuat semakan maklumat bakal pemilih dan semakan di lapangan yang melibatkan bakal pengundi berumur 90 tahun dan ke atas.

“Semakan di lapangan ke atas alamat untuk memastikan penentuan bahagian pilihan raya yang tepat, sesi libat urus dengan semua pihak-pihak berkepentingan, program pendidikan pengundi kepada bakal pemilih dan menyemak keperluan logistik bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok