Vaksin tak cukup matang tiga hari, dua wanita dilarang masuk Langkawi

September 20, 2021 · Isu semasa

Ketegasan pihak berkuasa menguatkuasakan peraturan sempena pembukaan semula Pulau Langkawi menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula 16 September lalu, terbukti apabila dua pelancong tidak dibenarkan masuk, semalam.

Dalam kejadian itu, dua pelancong wanita berusia 25 dan 32 tahun masing-masing telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 namun belum mencapai tempoh matang 14 hari.

Pelancong terbabit tiba di jeti Kuah dengan menaiki feri dari Kuala Perlis. Pemeriksaan ketika ketibaan mendapati kedua-duanya telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, tetapi kurang tiga hari lagi untuk mencapai tempoh matang.

Mereka dirujuk kepada pegawai perubatan dan tidak dibenar masuk ke Langkawi. Kedua-duanya kemudian menaiki feri untuk pulang ke Kuala Perlis.

Sementara itu, Langkawi merekodkan 29 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Mukim Kuah yang menjadi pusat tumpuan utama pelancongan di daerah itu terus merekodkan jangkitan tertinggi dengan 15 kes baharu, diikuti Kedawang (tujuh); masing-masing dua kes di Ulu Melaka, Padang Matsirat dan Air Hangat, serta satu kes di mukim Bohor.

Data Jabatan Kesihatan Negeri Kedah juga menunjukkan 34 pesakit Covid-19 di pulau peranginan itu sembuh, menjadikan keseluruhan kes sembuh di daerah itu kepada 4,276 kes.

Kejayaan projek rintis di Pulau Langkawi yang bermula Khamis lalu akan membolehkan beberapa lagi pusat peranginan dan pelancongan di seluruh negara dibuka semula.

Sehingga kini, hampir 8,000 pelancong yang melawat Langkawi sejak Khamis lalu mematuhi peraturan ketat yang dikenakan, termasuk menjalani ujian saringan sebelum menaiki pesawat atau feri, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nancy Shukri berkata, beberapa destinasi yang sememangnya menjadi tarikan pelancong untuk dibuka semula telah disenaraikan.

“Kita akan berbincang dalam dua tiga hari ini membuka interstate. Bila interstate itu dibuka, maka orang luar boleh masuk juga dan kita telah senaraikan nama-nama destinasi yang bukan sahaja pulau tetapi termasuk seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser Hill dan juga apa-apa lagi destinasi yang boleh menarik minat orang untuk bergerak,” katanya di Parlimen hari ini.

Sementara itu, jumlah penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Kedah turun kepada 79 peratus daripada 104 katil, susulan penurunan kes jangkitan baharu di bawah empat angka sejak beberapa hari lalu.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Kedah merekodkan peningkatan jangkitan kepada 967 kes berbanding 809 yang dilaporkan semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok