Tanah runtuh Kemensah, pembinaan tak ikut garis panduan

September 19, 2021 · Isu semasa

Pembinaan tidak mengikut garis panduan antara punca dikenalpasti berlakunya kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights Jumaat lepas, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata pihak berkuasa mendapati pembinaan struktur tambahan yang melanggar undang-undang dan garis panduan, ia selepas tinjauan dilakukan di kawasan terjejas hari ini.

“Setiap pembinan di lereng bukit atau tempat tinggi sudah ada garis panduannya sendiri di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya kira masa pembinaan mereka ikut undang-undang, tetapi selepas siap ada pula penambahan dan sebagainya itu yang kadang-kadang di luar pemantauan pihak berkuasa,” katanya lapor Bernama.

Dalam insiden tanah runtuh itu, tiga rumah banglo dan 12 rumah jenis bandar membabitkan 27 keluarga terjejas, namun tiada sebarang kemalangan jiwa.

Bagaimanapun Takiyuddin berkata pihaknya faham ada antara penduduk yang terpaksa membuat pembinaan struktur tambahan berikutan keperluan keluarga yang semakin besar, namun menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Tindakan mematuhi undang-undang termasuk undang-undang kecil di pihak PBT perlu dipatuhi supaya tidak berlaku perkara sebegini lagi,” katanya.

Sementara itu beliau berkata laporan lengkap mengenai insiden itu yang disediakan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dijangka siap esok, akan dijadikan panduan kepada agensi dan jabatan lain untuk membuat tindakan susulan.

“Hasil kajian ini kami akan kemukakan dan seterusnya pihak-pihak berkenaan akan memohon peruntukan dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor untuk perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga telah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan terhadap kawasan cerun dan pembinaan di kawasan Kemensah Heights bagi memastikan ia mematuhi syarat dan peraturan pembinaan.

Terdahulu Takiyuddin diberikan taklimat oleh pihak berkuasa dan turut meninjau kesan kerosakan di lokasi tanah runtuh itu yang turut disertai Ketua Pengarah JMG Hishamuddin Termidi.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Puchong, penghuni tujuh buah rumah dikosongkan
December 16, 2023· Isu semasa
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
PAS minta ahli dan penyokong bertenang selepas Sanusi ditahan
July 18, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok