Penjara lima tahun penganggur bakar rumah ayah

April 5, 2021 · Isu semasa

Seorang penganggur menerima padah akibat tindakan membakar rumah ayahnya apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun hari ini terhadapnya.

Mahkamah Sesyen Kota Bharu membuat keputusan menghukum Mohd Fauzie Abdullah, 33, bermula dari tarikh ditangkap pada 29 Mac, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di sebuah rumah di Kuala Krai, Mac lepas.

Mengikut kertas pertuduhan dipetik Bernama, dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 pagi pada 24 Mac, dengan membakar dapur rumah milik Abdullah Hamat, 68, sehingga menyebabkan kerosakan kepada pakaian dan barangan dapur di dalam rumah tersebut.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Fauzie bertindak sedemikian kerana bergaduh dengan adik lelakinya yang telah menjual motosikal milik keluarga mereka sehingga menjadi berang lalu mengambil pakaian adiknya dan membakar di ruangan dapur di lokasi berkenaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman minimum manakala Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amer Sharifuddin memohon hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok