Pemandu lori rempuh lima kereta positif dadah

September 6, 2021 · Isu semasa

Pemandu lori yang merempuh lima kereta di Jalan Ipoh di ibu negara petang tadi ditahan polis setelah ujian air kencingnya didapati positif dadah, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi berusia 45 tahun yang turut terlibat dalam kemalangan itu terperangkap dalam kenderaannya namun berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, lori yang dipandu oleh suspek berusia 25 tahun itu, menghala ke Sentul dari Jalan Duta sebelum merempuh dua Perodua Myvi serta Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL.

“Sampai di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat.

Pemandu Myvi itu hanya mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di Zon Hijau Hospital Kuala Lumpur manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata ujian awal mendapati suspek tidak dipengaruhi alkohol namun ujian saringan air kencingnya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hari ini, tular di media sosial rakaman kamera perakam video yang memaparkan sebuah lori tanpa muatan merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Berdasarkan maklumat, kemalangan itu menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning remuk teruk manakala beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan.

Berita berkaitan
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023· Uncategorized
Pemandu maut lori terbabas
September 19, 2022· Uncategorized
Pemandu Myvi khayal ganja punca kemalangan babit 5 kenderaan
June 6, 2022· Isu semasa
JPJ kuat kuasa waktu terhad kenderaan barangan masuk KL
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok