Kerana Islam Bersatu Perlis bayar ikat jamin wanita dituduh curi duit masjid

September 3, 2021 · Isu semasa

Bersatu Negeri Perlis membantu membayar ikat jamin seorang wanita yang dituduh di mahkamah dan tidak mengaku salah mengambil wang RM40 dari sebuah masjid di negeri itu, sebanyak RM2,000.

Wang ikat jamin itu dibayar Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis, Abu Bakar Hamzah dan juga Ketua Penerangan Armada Negeri, Wan Zikri Afthar, di Mahkamah Seksyen Kangar, setelah barisan pimpinan Bersatu Perlis sepakat ingin membantu wanita itu selain, untuk memberinya peluang kedua.

Dalam satu kenyataan hari ini Wan Zikri berkata Bersatu Perlis tetap tegas berpendapat bahawa peluang kedua ini bukanlah bermaksud bersetuju dengan tindakan tertuduh.

Tertuduh katanya, belum menjalani prosiding mahkamah atau dijatuhi hukuman, namun Bersatu berpendapat perkara ini perlu diselesaikan dengan baik, tanpa bias ditambah menilai keberadaan atau kesusahan yang dialaminya.

“Dalam pada itu, Bersatu Perlis yang juga khuatir insiden ini mampu menimbulkan fitnah ke atas Islam dan juga institusi masjid.

“Bersatu telah menghubungi kariah masjid sejak semalam dan akan bertemu untuk terus berbincang dengan mereka bagi mempertimbang untuk menarik balik laporan ke atas wanita yang dalam kesusahan ini.

“Pada masa sama Bersatu Perlis juga bertekad untuk membayar kembali kerugian masjid dan juga menyumbang kepada institusi tersebut,” katanya.

Wan Zikri juga berkata, Bersatu dan ARMADA Perlis juga telah menyediakan peguam sekiranya tindakan undang-undang dilanjutkan.

“Mengenai beberapa tuduhan peribadi ke atas wanita tersebut terkait isu penyalahgunaan dadah, Bersatu berpendapat isu kehilangan duit masjid dan kesusahan wanita itu yang dijadikan sandaran dan kes selain dari isu kehilangan wang dan kesusahan yang dialami wanita ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat bukti,” katanya.

Namun, menurutnya, apa yang lebih penting bagi Bersatu adalah membantu mereka yang memerlukan dalam pada tidak menghakimi di samping menjaga aib serta maruah insan.

Secara ringkas katanya, ikat jamin yang dilakukan mengambil kira beberapa faktor, termasuk wanita itu mempunyai anak orang kelainan upaya berusia 4 tahun, seorang asnaf, dan nilai wang yang dicuri adalah kecil.

“Jika benar OKT mempunyai masalah moral, seharusnya pihak-pihak berwajib seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pusat Pemulihan, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau yang berkaitan haruslah sentiasa memantau dan memberi bimbingan,” katanya.

Wan Zikri berkata wanita itu perlu diberi peluang kedua untuk berubah dan pulih dengan bimbingan dan pemantauan oleh pihak berwajib dan masyarakat.

Semalam, seorang tukang cuci sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kangar atas kesalahan mencuri RM40 dalam tabung di Masjid Sirajuddin, Padang Pauh pada bulan lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, didakwa melakukan kesalahan mencuri mencuri wang bernilai RM40 yang terdapat dalam tabung masjid itu pada jam 8.54 malam 28 Ogos lalu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok