Tentera sedia bantu tangani Covid-19 di lima negeri, kata Hishammuddin

September 2, 2021 · Isu semasa

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengatur gerak bagi mengurus dan meredakan situasi Covid-19 di lima negeri yang dikenal pasti merekodkan jumlah jangkitan harian yang tinggi.

Antara yang akan dilaksanakan, termasuk menempatkan hospital medan dan pasukan vaksinasi di lima negeri berkenaan iaitu Kedah, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini.

Selaras pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai lima negeri itu semalam, keutamaan ATM ketika ini ialah memenuhi agenda nasional, terutama memerangi Covid-19.

“ATM sememangnya mempunyai insfratruktur, aset serta kepakaran yang mencukupi dan sedia diatur gerak pada bila-bila masa,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan.

Sehubungan itu, ATM melalui perkhidmatan kesihatannya bersedia membantu kerajaan mendirikan Hospital Medan ATM di negeri-negeri yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (KKM).

Hishammuddin berkata tindakan itu bertujuan membantu memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit Covid-19 khususnya berada dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Saya percaya bantuan ATM ini dapat membantu dan berupaya mengurangkan beban yang ditanggung oleh KKM di lima negeri terbabit,” katanya.

ATM bersedia membantu menyediakan pasukan vaksinasi di negeri-negeri yang memerlukan khususnya di kawasan pedalaman yang sukar dicapai KKM, bukan hanya di lima negeri berkenaan.

“ATM juga akan memberikan bantuan sewajarnya bagi menjayakan usaha memerangi Covid-19 di negeri-negeri lain. Ini termasuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin secara pandu lalu kepada masyarakat awam seperti ditetapkan Sidang Khas MKN hari ini.

“ATM kini hanya menunggu pengesahan lokasi oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19,” tambahnya lagi.

Katanya, ATM bersedia mengkoordinasi atur gerak bantuan Hospital Medan ATM dan pasukan vaksinasi itu dalam tempoh satu atau dua minggu ke lokasi yang diperlukan sebaik menerima permohonan daripada KKM.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok