PN, PH nyanyi lagu Aishah ‘Janji Manismu’, kata Presiden UMNO

April 4, 2021 · Politik

Tatkala, timbalannya menasihati pemimpin UMNO berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan dalam parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mungkin menganggap bahawa dia memiliki ‘kuasa’ presiden, tidak mempedulikannya.

Malah, malam tadi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyindir kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau menyamakan kerajaan PN seperti kerajaan PH kerana tidak mempunyai hala tuju dan garis panduan yang boleh dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu berkata, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang terlebih dahulu merangka manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) untuk ditawarkan kepada rakyat.

“Kita boleh menilai sendiri apa yang dilakukan PH ketika itu. Berbagai alasan diberikan kerana tidak mampu menunaikan janji. Padahal sebelum PRU-14 pasukan mereka jugalah yang memasang khemah pengakap di Dataran Merdeka bagi menuntut PTPTN dihapuskan.

“Begitu juga kerajaan sedia ada. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. Kita jelas bahawa tiada manifesto dalam kerajaan ini. Maka, tiada hala tuju dan garis panduan yang boleh dilaksanakan,” katanya dalam akaun Facebook.

Zahid percaya rakyat masih ingat detik di mana PH menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk menumbangkan BN tetapi tidak mampu dilaksanakan.

“Modal yang mereka gunakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah fitnah serta janji-janji manis yang tidak mampu untuk dilaksanakan. Seperti lagu nyanyian Aishah berjudul Janji Manismu,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok