Ulasan Muhyiddin perlu berundur gopoh dan pramatang

April 7, 2022 · Politik

Ulasan Dr Azmi Hassan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berundur sebagai Presiden BERSATU susulan kegagalan Perikatan Nasional memenangi PRN Johor adalah agak gopoh.

Saya tidak pasti mengapa pandangan sedemikian dilontarkan. Adakah untuk melihat BERSATU menjadi lebih kuat atau sekadar komen cakap buang sahaja.

Apapun, dalam dunia politik komen sedemikian mudah mendapat tarikan dan dijadikan polemik oleh mereka yang mempunyai motif tertentu.

Saya ingin berikan sedikit pandangan balas.

Jika kekalahan pertama PN dalam PRN Johor dijadikan sebab mengapa Tan Sri Muhyiddin perlu berundur, maka ramai Presiden parti lain yang mesti berundur juga.

Ada parti yang semua calonnya hilang wang deposit. Pengerusi dan Presiden parti ini mesti berundur lebih awal dari Tan Sri Muhyiddin. Ada parti yang kerusinya merosot hanya tinggal satu. Presiden parti ini pun mesti berundur jugalah agaknya.

Jika lojik Presiden parti mesti berundur apabila parti kalah pilihanraya, maka banyak parti di negara kita telah mengalami pertukaran kepimpinan akibat partinya kalah. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku kepada semua parti.

PAS misalnya tidak pernah menang dalam pilihan raya persekutuan kecuali di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Presiden PAS tidak bertukar dengan sebab PAS kalah pilihanraya.

Sebaliknya parti itu terus teguh. Apabila Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk pada 1 Mac 2020, PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan.

Ada juga parti yang mengalami kekalahan dalam banyak pilihanraya, tetapi akhirnya menang tanpa menukar kepimpinannya. Misalnya PKR di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah mengalami kekalahan dalam PRU tahun 1999, 2004, 2008 dan 2013 tetapi akhirnya menang dalam PRU 2018.

Adakah kekalahan PN dalam PRN Johor adalah amat teruk sehinggakan Tan Sri Muhyiddin mesti letak jawatan?

Dari segi bilangan kerusi mungkin nampaknya begitulah.

Tetapi dari segi trend sokongan pengundi, data menunjukkan sebaliknya.

Dalam PRN Johor, PN adalah satu-satunya parti yang mencatat peningkatan sokongan pengundi Melayu berbanding BN dan PH. Jika undi PAS dalam PRU 2018 dijadikan undi asas PN, sokongan pengundi Melayu Johor kepada PN telah meningkat daripada 18.1% dalam PRU 2018 kepada 34.5% dalam PRN 2022.

Sebaliknya sokongan pengundi Melayu kepada BN telah merosot daripada 58.8% dalam PRU 2018 kepada 51.1% dalam PRN 2022. Data menunjukkan berlaku peralihan hampir 8 mata peratus sokongan pengundi Melayu BN kepada PN.

Perlu diingat, Johor adalah kubu kuat BN.

Sokongan pengundi Melayu kepada PH juga telah merosot dengan ketara iaitu daripada 28.3% dalam PRU 2018 kepada 11.3% dalam PRN 2022. Sebanyak 17 mata peratus sokongan Melayu PH telah beralih kepada PN.

Bukankah ini suatu pencapaian kepda PN iaitu sebuah parti baharu di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin?

Malah, sebuah kajiselidik tinjauan pendapat umum pengundi negeri Johor yang dijalankan oleh Institut Masa Depan Malaysia dengan kerjasama Merdeka Centre for Opinion Research pada 4 hingga 21 Februari 2022 mendapati Tan Sri Muhyiddin adalah pemimpin paling popular di negeri Johor dengan approval rating sebanyak 52% berbanding Datuk Seri Najib Razak 39%, Tun Dr Mahathir 35%, Lim Guang Eng 24% dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 14%.

Dalam kalangan pengundi Melayu negeri Johor, kajian ini juga menunjukkan Muhyiddin adalah pemimpin paling popular dengan approval rating sebanyak 67% berbanding Najib 43%, Mahathir 43%, Zahid Hamidi 17% dan Lim Guan Eng 12%.

Muhyiddin juga mendahului sebagai calon PM iaitu dengan 29% responden bersetuju berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 23% dan Datuk Seri Ismail Sabri 16%.

Dalam kalangan responden Melayu, Muhyiddin memperolehi 41%, Ismail Sabri 22% dan Anwar 10%.

Trend peralihan sokongan pengundi Melayu yang ketara kepada PN dalam PRN negeri Johor mungkin juga disebabkan oleh populariti Muhyiddin sebagai bekas Perdana Menteri dan anak Johor.

Berdasarkan data-data ini, bagi saya pandangan supaya Tan Sri Muhyiddin berundur hanya dengan sebab PN kalah dalam PRN Johor adalah agak gopoh dan pramatang.

Datuk Dr Marzuki Mohamad
Mantan Ketua Setiausaha Sulit PM kelapan

Popular
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok