Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar

July 3, 2022 · Politik

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sedar diri dan mengakui tidak memiliki sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM), kata Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata Anwar sebenarnya malu selepas gagal mendapat sokongan untuk menjadi PM dan mengeluarkan cerita dongeng dengan melibatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai punca tidak dapat menjadi PM.

“Saya harap Anwar hentikan cerita palsu ini. Usah cuba meletakkan kegagalan jadi perdana menteri kononnya kerana Najib.

“Itu percubaan memfitnah Najib,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu dalam hantaran Facebooknya.

Annuar juga menjelaskan pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM adalah permuafakatan Ahli Parlimen Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Perikatan Nasional serta beberapa Ahli Parlimen bebas.

“Cerita kononnya Najib mencadangkan calon lain juga fitnah. Najib tidak banyak terlibat ketika itu. Ismail dikemukakan sebagai calon PM oleh permuafakatan Ahli-ahli Parlimen BN, GPS, PN dan beberapa Ahli Parlimen bebas. Kami ada merujuk dan berbincang dengan DSN (Najib).

“Kaedah ‘putar alam’ ini eloklah diberhentikan, dan terimalah hakikat Anwar belum pernah mendapat cukup sokongan Ahli Parlimen, walau ada pihak yang cuba-cuba untuk menyokong Anwar,” katanya lagi.

Pada 30 Jun, Anwar mendakwa Najib ada memberi surat akuan sumpah (SD) untuk menyokong beliau menjadi PM namun dengan syarat kes mahkamah mensabitkan bekas PM itu “tidak diteruskan”.

Presiden PKR berkata bagaimanapun enggan menuruti kehendak Najib dan membayangkan ia sebagai punca dia gagal mendapat sokongan mencukupi untuk diperkenan menjadi PM menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan keputusan tegas beliau, Anwar mendakwa Najib mengusulkan calon lain pada saat akhir dan menafikannya untuk menjadi PM menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok