Mukhriz dedah cubaan Anwar pujuk PAS jatuhkan Tun M

March 24, 2021 · Politik

Anwar nak tikam belakang Mahathir. Demikian didedahkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir yang mendakwa menerima maklumat daripada PAS.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata, Presiden PKR itu berusaha mengemukakan usul undi tidak percaya bagi menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau menerima maklumat daripada Ahli Parlimen Tumpat daripada PAS, Che Abdullah Mat Nawi yang mendakwa Anwar cuba memujuk PAS bagi menjatuhkan Dr Mahathir.

“Che Abdullah Mat Nawi dari PAS mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim cuba mendapatkan sokongan PAS untuk undi tidak percaya terhadap Mahathir ketika PH masih kerajaan. Itu tindakan menikam dari belakang,” kata Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa tohmahan dilemparkan yang menyalahkan Dr Mahathir menjadi penyebab kejatuhan kerajaan PH.

“PKR tidak patut berpura-pura, kononnya pemimpin-pemimpinnya ikhlas dan budiman semasa PH berkuasa,” kata Mukhriz sambil mempertahankan tempoh 22 bulan pentadbiran bapanya selepas pemimpin PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Anwar menolak jemputan untuk bersama dalam Langkah Sheraton tahun lalu.

“Saya mengecam sebarang andaian mahupun dakwaan bahawa Dr Mahathir Mohamad pada bila-bila masa, melakukan kesalahan atau bertindak tanpa etika, termasuk ketika ahli-ahli Parlimen Umno menyertai Bersatu dan PH,” katanya.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok