Muhyiddin yakin cukup sokongan dilantik PM ke-10

November 20, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan keyakinan mempunyai sokongan yang cukup bagi membolehkannya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau melalui satu kenyataan berkata PN mendapat sokongan daripada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa ahli Dewan Rakyat yang lain untuk membentuk kerajaan.

Menurutnya perkara itu telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) PN yang bermesyuarat, petang tadi.

“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas soal pertemuannya dengan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi tadi, Muhyiddin berkata Premier Sarawak itu memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Tambahnya, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor juga telah menyatakan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan yang sama.

Berita berkaitan
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
4 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
4 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
23 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok