MP Kuala Kangsar nafi dakwaan Hamzah, harap diberi peruntukan: Laporan

October 17, 2023 · Politik

Dakwaan Datuk Seri Hamzah Zainudin kononnya keputusan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim disebabkan terdapat tekanan pihak berkuasa disangkal Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Iskandar Dzulkarnain yang juga bekas Setiausaha Politik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebaliknya tidak bersetuju dengan pendedahan dibuat Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berhubung dakwaan diancam dengan tuduhan rasuah.

Memetik laporan The Star, Iskandar Dzulkarnain yang merupakan wakil rakyat Bersatu berharap dana kerajaan dapat disalur kepada pengundi kawasannya selepas membuat keputusan tersebut.

“Sepanjang perkhidmatan saya dalam kerajaan, tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah, apatah lagi rasuah,” katanya menerusi pesanan WhatsApp.

Iskandar Dzulkarnain juga mengakui memutuskan untuk menyokong Perdana Menteri kerana rakyat mahukan kestabilan politik.

Sebagai wakil rakyat, ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu, beliau mengadakan pelbagai sesi libat urus dengan pengundi, daripada pelajar kepada guru, pemandu e-hailing, penjaja dan usahawan untuk mendengar masalah dan kebimbangan mereka.

“Dari sesi ini, saya mendapati bahawa ramai penyokong, rakan dan pengundi saya letih dan kecewa dengan ketidakstabilan politik. Mereka mahu melihat kerjasama politik wujud atas nama kestabilan.

“Saya berharap dengan keputusan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada kawasan saya untuk manfaat dan kebajikan rakyat di kawasan saya,” ujarnya.

Iskandar Dzulkarnain, 46, yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) juga menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati partinya, Bersatu.

“Saya tidak akan meninggalkan parti saya dalam apa jua keadaan kerana saya setia kepada Bersatu,” tambahnya.

Sambil menyifatkan bahawa kebebasan memilih dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, Iskandar Dzulkarnain menggesa semua pihak untuk menghormati keputusannya dan berhenti membuat spekulasi.

Ketika ditanya sama ada beliau telah menghadiri sidang Dewan Rakyat sejak mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Iskandar Dzulkarnain masih membisu.

Terdahulu, Hamzah mendakwa Iskandar Dzulkarnain dibawa menemui seorang pegawai tertinggi sebuah agensi berkaitan kerajaan pada 1 Oktober lalu dan diancam dengan tuduhan rasuah jika beliau enggan menandatangani kenyataan yang menyatakan sokongannya kepada kerajaan.

Berita berkaitan
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok