Mahkamah tolak permohonan Anwar cabar darurat

April 22, 2021 · Politik

Mahkamah menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Menurut laporan Bernama, keputusan tersebut diputuskan selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan ketua pembangkang itu selaku pemohon.

Hakim Mahkamah Rayuan Mariana Yahya yang bertindak sebagai hakim Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan oleh AGC tersebut.

Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali berkata hakim Mariana menolak permohonan itu atas alasan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman pemohon berdasarkan Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan Persekutuan.

“Nasihat jemaah menteri dan Muhyiddin kepada Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Ordinan Darurat adalah tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

“Mahkamah menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman pemohon tanpa perintah dengan kos,” katanya.

Prosiding itu turut disertai peguam kanan Persekutuan S. Narkunavathy manakala Anwar diwakili peguam Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo.

Sementara itu, Sangeet ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.

Pada 4 Mac lalu, AGC membantah permohonan itu atas alasan ia terhalang oleh Perkara 150(6) dan Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Jan lepas, dengan menamakan perdana menteri dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh jemaah menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.

Anwar memohon deklarasi bahawa Seksyen 14 Ordinan Darurat itu tidak konsisten dengan Perkara 150(3) dan (5) Perlembagaan Persekutuan serta tidak berpelembagaan dan tidak sah selain memohon perintah mandamus memerintahkan kedua-dua responden untuk menasihatkan Sultan Abdullah supaya membatalkan Seksyen 14 Ordinan Darurat berkenaan.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok