Kes rasuah : Hamzah hantar surat tuntutan kepada kerajaan, SPRM

August 11, 2023 · Politik

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia melibatkan pertuduhan kes rasuah terhadap seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Sim Choo Thiam yang dikaitkan dengan bekas Menteri Dalam Negeri itu membabitkan RM15 juta seperti didakwa SPRM.

“Saya nak tegaskan sekali lagi, wallahi wabillahi watallahi, saya tiada kena mengena dengan kes ini, saya tidak menerima apa-apa imbuhan daripada apa yang telah dimaksudkan dalam pendakwaan tersebut.

“Saya akan hantar surat tuntutan kepada kerajaan Malaysia dan SPRM. Saya lakukan ini bukan kerana saya, saya lakukan ini kerana nak menentukan tidak ada lagi kezaliman yang berlaku dalam negara ini. Saya lakukan ini untuk saudara-saudara di hadapan saya bukan untuk kepentingan saya,” katanya ketika berucap di Pentas Setiausaha Perikatan Nasional di Shah Alam, malam tadi.

Pada 10 Mei lalu, Datuk Seri Sim Choo Thiam, 54 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta rasuah dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Sim didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.

Ia sebagai dorongan untuk Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat tersebut mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah KDN pada Jun 2021.

Di pentas itu juga, Hamzah mendedahkan kandungan laporan polis dibuat Sim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 12 Jun lalu yang jelas menafikan penglibatannya dalam kes tersebut.

Sim dalam laporan berbahasa Inggeris itu mendakwa diasak dengan agresif oleh pegawai SPRM supaya mengaku dan menuding jari kepada Hamzah demi dibebaskan namun beliau berkali-kali menegaskan tidak akan berbohong.

“SPRM soal lagi, sama ada saya ada beri mana-mana dari jumlah RM15 juta itu kepada Datuk Seri Hamzah, jawapan saya ‘tidak’. Mereka kelihatan sangat terdesak mahu saya menuding jari kepada Datuk Seri Hamzah.

“Saya kata saya minta maaf sangat tapi saya tak boleh berbohong dan menuding jari kepadanya (Hamzah). Jika saya sebut nama dia, saya akan dibebaskan segera. Saya tegaskan kepada pegawai itu saya tetap dengan jawapan saya dan saya tidak rasa saya bersalah dan saya tidak akan berbohong.

“Pegawai itu sangat marah setiap kali saya beri jawapan sama bahawa saya tidak ada memberi duit kepada Datuk Seri Hamzah. Tujuan saya buat laporan polis ini untuk menafikan saya terlibat dalam rasuah dan menerima sebarang habuan untuk Datuk Hamzah, diri sendiri atau orang lain,” kata Sim dalam laporan polis tersebut yang dibacakan Hamzah.

Menurut laporan itu juga, Sim turut membuat laporan polis terhadap portal berita yang menyiarkan artikel bertajuk “SPRM siasat ‘butler’ Hamzah Zainuddin ‘pau’ duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Cetre”.

Sementara itu, Hamzah dalam ucapan sama menyeru pengundi di keenam-enam negeri terlibat memberi kemenangan kepada PN demi menyelamatkan negara.

“Saya perjuangkan ini semata-mata untuk beritahu kepada semua pengundi yang mengundi pada 12 Ogos ini bahawa jika kamu bersama saya untuk menentang kezaliman, ingin melihat negara ini menjadi negara yang aman dan damai, mahu melihat kepimpinan negara ini akan dipimpin oleh seorang yang lebih berkaliber, penuh dengan integriti maka kamu undilah Perikatan Nasional. Berikan sokongan kepada calon-calon PN di seluruh negara.

“Saya mohon kepada semua pengundi, tolong bantulah selamatkan negara ini daripada seorang pemimpin yang hanya melakukan penipuan, bohong…bukan hanya rakyat tetapi juga seluruh negara kita ini. Saya mohon kepada semua,” katanya.

Malah beliau memberi jaminan kepada penyokong bukan Melayu agar tidak takut dengan kehadiran PAS dalam PN kerana Islam tidak membenarkan umatnya menzalimi orang lain.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok