Kenaikan subsidi padi perjuangan PN : Hamzah

August 9, 2023 · Politik

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kenaikan kadar subsidi harga padi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam merupakan perjuangan yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ia merupakan usul yang diutarakan melalui Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya dalam sidang Parlimen sebelum ini.

“Alhamdulillah kita patut bersyukur kerana perdana menteri dah umumkan. Saya nak maklumkan perjuangan ini dibawa oleh kita (PN) dalam Parlimen melalui Muslimin, beliau yang mengutarakan isu ini.

“Maka sebab itu apabila dapat (kenaikan kadar subsidi padi) ia adalah kerana perjuangan kita (namun) masanya tidak sesuai (pilihan raya) tetapi pada saya tidak apalah kerana kita hendak membantu petani,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Himpunan Anak Muda PN di Jelebu, hari ini, lapor Sinar Harian.

Hamzah berkata, para petani perlu tahu siapa mereka hendak mengundi sebab perjuangan itu datangnya daripada PN.

“Tidak semestinya dia umum dia dapat undi tetapi yang penting perjuangan itu telah pun dimakbulkan ALLAH SWT, seperti UMNO dan DAP itu takdir, itulah dia (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi hari ini saya nak beritahu ini takdirnya perjuangan kita bawa sudah dapat, bukan sebab kerajaan, sebab perjuangan kita.

“Undi itu hak pengundi, jadi bagi duit banyak mana pun tak kisah, tidak semestinya mengundi Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kenaikan kadar subsidi harga padi daripada RM360 kepada RM500 setiap metrik tan bermula Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penambahbaikan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) itu membolehkan pesawah menerima sekurang-kurangnya RM1,700 setiap tan sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah serta memberi motivasi untuk meningkatkan pengeluaran.

Dalam pada itu, Hamzah memberitahu PN menjangka dapat memenangi lima daripada enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

“Anda pun tahu boleh rasa negeri yang mana yang kita patut menang. Saya rasa anda semua tahu kecuali Pulau Pinang.

“Saya bercakap terus terang, ia agak sukar tapi kita akan bekerja keras di Pulau Pinang. Insya-ALLAH saya gunakan ayat menembusi negeri Pulau Pinang, ini yang kita sedang cuba yang terbaik.

“Untuk semasa, lima negeri, tapi berkemungkinan dalam tempoh dua hari lagi, Insya-ALLAH kita boleh dapat Pulau Pinang sekali, kalau kita boleh dapat Pulau Pinang, akan jadi 6-0,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Harga barang naik, PMX umum cukai baharu pula akan diperkenalkan
September 11, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
17 minit lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok