Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin

August 12, 2023 · Politik

Rakyat di enam negeri yang bakal membuang undi pada Sabtu diseru agar tidak memberi walau satu undi kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini sebagai referendum rakyat terhadap kegagalan kerajaan berfungsi sewajarnya sejak lapan bulan mentadbir negara ini.

“Apa dah jadi negara ini? Seolah-olah tidak ada kerajaan. Bukan saja tak ada kerajaan, tak ada perancangan. Dalam sistem demokrasi berparlimen, kita ada hak kuasa. Hak kuasa bukan pada (Datuk Ser) Anwar Ibrahim, hak kuasa pada rakyat.

“Saudara yang boleh putuskan. Kalau saudara kata Anwar Ibrahim telah gagal… sekarang ini kerajaan ini sudah pun gagal walaupun dalam tempoh lapan bulan sudah pun berlalu.

“Jadi, kalau saudara percaya kerajaan itu sudah gagal, maka pilihan raya di peringkat negeri jangan bagi satu undi pun kepada mana-mana calon selain PN. Referendum! Dia paling takut dengar ini. Referendum! Referendum!,” katanya ketika berucap pada ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) Selangor Bangkit Gemilang di Taman Melawati, malam ini.

Beliau turut mendakwa Anwar seorang perdana menteri berperangai teruk yang tidak pernah dilihat sepanjang hidupnya.

“Saya dah hidup lama, 76 tahun dah. Dalam tempoh selama itu…tak pernah saya jumpa seorang manusia nama perdana menteri sebegini buruk sekali sikapnya.

“Apabila bohong tidak amanah. Tidak amanah…kalau ini berlaku di negara-negara lain, ambil contoh di UK. Perdana menteri dia buat sedikit parti, bila rakyat tahu, bising…esoknya letak jawatan. Di sini, bohong sebohong-bohongnya, sampai hari ini dia tak nak letak jawatan,” katanya.

Beliau turut membidas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang cuba ‘menembaknya’ dengan membangkitkan persoalan berkaitan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

“Hari ini saya baca Rafizi. Dia tanya saya apa yang saya buat dengan menggunakan KWAN. Paling bodoh. Bacalah! Duit dah belanja dah. “Kenapa tanya begitu? Tanya diri sendiri, apa dia dah buat untuk rakyat sejak dia jadi kerajaan? Sejak dia jadi menteri ekonomi, apa dia dah buat? Tak ada apa. Zero! Zero! Nak cabar kita tapi dia sendiri tak buat apa yang dia janji nak buat. Pembohong besar,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi ketika kempen Jelajah Madani menjelaskan kepada penyokong yang hadir soal tabung KWAN yang diyakininya tidak diketahui mereka yang hadir.

“Muhyiddin telah pun guna duit KWAN, saya tunggu dia jawab. Biar dia jawab. Saya tahu dia akan jawab apa.

“Dia akan jawab bahawa sebenarnya ini saya gunakan untuk nyawa rakyat masa zaman Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok