Injuksi interim Anwar: Sanusi kata tak ada hujan, tak ada ribut

August 1, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu injunksi interim (sementara) diperoleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin dibuat tanpa pengetahuannya.

Katanya, injuksi yang menghalangnya daripada mengeluarkan kenyataan mengaitkan Anwar dengan perlakuan tidak bermoral itu diperoleh secara sebelah pihak.

“Tak dak hujan tak dan ribut, tiba-tiba timbul pasal perintah injunksi. Pasukan peguam saya bagitahu, perintah tersebut yang diberikan ke atas saya diperoleh secara ex-parte iaitu permohonannya dibuat oleh PMX secara sebelah pihak dan sembunyi-sembunyi, tanpa menyerahkan permohonan tersebut kepada defendan.

“Mereka berhujah sebelah pihak, tanpa defendan dipanggil berhujah dan telah dibenarkan oleh mahkamah.

“Itu maksud ex-parte yang diperuntukkan dibawah Aturan 29 Kaedah 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk keadaan-keadaan tertentu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, permohonan itu dibuat pada 26 Julai 2023 dan perintah dikeluarkan empat hari kemudian pada 30 Julai 2023.

“Tak ada hujan tak ada ribut…tiba-tiba pokok bergoyang dan dedaun pun luruh,” tulisnya.

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dilaporkan memperoleh perintah injunksi interim  terhadap Muhammad Sanusi bagi menghalang Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu daripada terus mengeluarkan kenyataan mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral.

Dalam keputusan yang dibuat melalui permohonan secara ex-parte kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib memerintahkan Sanusi untuk tidak mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan berkaitan dengan saman fitnah yang difailkan Anwar.

Hakim juga memerintahkan Sanusi perlu mematuhi perintah injunksi itu dengan serta merta selepas perintah berkenaan disampaikan kepadanya.

Berita berkaitan
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok