Hanya dalam isu Pandora Papers sahajakah MP PKR puji Anwar?

February 17, 2023 · Politik

Jika sebelum ini beliau sering mengkritik dan menegur ketuanya setelah menjadi Perdana Menteri kesepuluh, hari ini Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tindakannya.

Bagaimanapun, pujian Hassan itu hanya melibatkan isu Pandora Papers apabila mengatakan Anwar melakukan apa yang diucapkannya. Ia susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mereka yang dinamakan dalam Pandora Papers itu.

“Jika diminta saya berikan satu sebab mengapa saya sokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar walaupun kadang kala saya turut menegur? Jawapannya kerana SPRM sekarang sedang menyiasat mereka yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers.

“Masa PM (Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob), SPRM tak siasat. Nak bincang dalam Dewan Rakyat pun Speaker tak bagi. Masa Anwar dah jadi Perdana Menteri, barulah SPRM dapat keberaniannya semula untuk siasat isu Pandora Papers.

“Jadi sekalung bunga dan tabik hormat kepada YB Tambun yang dalam hal Pandora Papers. Beliau walk the talk atau cakap serupa bikin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (17 Februari 2023).

Hassan bagaimanapun berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan terhadap semua individu yang disebut dalam Pandora Papers itu yang baginya sebagai peguam menyifatkan dokumen berkenaan masih lagi ‘dengar cakap’ (hearsay)

“Hanya kepada SPRM, kalau siasat, biarlah siasat semua.Jangan pilih-pilih kasih.Rakyat semua dah tahu di hujung jari, nama-nama mereka yang terbit dalam Pandora papers.

“Ada nama mantan Perdana Menteri; mantan Timbalan Perdana Menteri; mantan-mantan Menteri Kewangan; ada nama Tuan Yang Terutama Gabenor sebuah negeri; mantan Ketua Menteri; nama anak mantan Perdana Menteri, dan ramai mereka.

“Kasihan mereka semua yang tersenarai itu. Apa yang disebut di dalam Pandora papers itu bukan semestinya betul dan benar. Taraf dokumen itu masih dianggap hearsay atau dengar cakap. Kalau di Mahkamah kebenaran kandungan tertulis dalam Pandora Papers itu perlu dibuktikan,” katanya.

Sebelum ini, Hassan pernah menegur Anwar dalam beberapa isu termasuk menggesa Perdana Menteri memperbetulkan kesilapan apabila melantik anak sendiri, Nurul Izzah, sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Paling mengecewakannya ialah pada 5 Disember lalu, Hassan melahirkan rasa tertipu dengan perjuangan Anwar yang sanggup menggadai prinsip demi mendapatkan kuasa.

Hassan meluahkan kekecewaannya menerusi puisi setelah hampir suku abad turut berjuang menegakkan ‘reformasi’ sambil menyatakan kenaifan dirinya yang mempercayai ungkapan perjuangan itu selama ini.

Beliau melahirkan kekecewaannya setelah Anwar melantik kumpulan kleptokrat dan individu terlibat dengan skandal serta kes jenayah, termasuk rasuah ke dalam Kabinet baharu kerajaan PH-UMNO.

Menyifatkan beliau selama ini tertipu dengan laungan ‘reformasi’ yang dibawa Anwar, Hassan juga seolah-olah menyesal kerana beliau turut terlibat meuar-uarkan prinsip itu ke seluruh ceruk rantau, mengajak rakyat memberi sokongan.

MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat

 

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Shafie persoal kenapa Anwar selepas dibebaskan boleh bertanding pilihan raya pula
November 1, 2022
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok