Bersatu serah mahkamah keabsahan empat MP Sabah

February 10, 2023 · Politik

Bersatu akan memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk memutuskan keabsahan empat kerusi Parlimen dimenangi wakil rakyatnya atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tindakan itu dibuat berikutan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul yang sebelum ini membenarkan empat wakil rakyat berkenaan mengekalkan kerusi Parlimen masing-masing.

Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peguam parti sedang dalam proses untuk mengumpul dokumentasi yang diperlukan sebelum sedia dibawa ke mahkamah nanti.

“Ini sedang dilakukan oleh peguam yang dilantik dan akan dikemukakan dalam masa terdekat. Selepas siap proses pengumpulan dokumen ini, maka ia akan dikemukakan kepada mahkamah.

“Yang penting ia mesti diselesaikan melalui undang-undang kerana Presiden Bersatu sebelum ini tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat.

“Speaker Dewan Rakyat telah melakukan beberapa kekhilafan dan tidak melihat kepada fakta-fakta yang kami kemukakan. Jadi, satu-satunya cara ialah mendapatkan keputusan daripada mahkamah dan kami tiada halangan berhubung perkara ini.

“Ada yang cakap kes ini mungkin mengambil masa terlalu lama, tetapi tidak mengapa. Kami boleh minta dipercepat bagi kes-kes yang mustahak seperti ini,” katanya menurut Utusan.

Bulan lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati dengan keputusan Johari yang didakwa telah membuat tafsiran khilaf berhubung kedudukan kerusi empat ahli Parlimen yang dimenangi pada PRU-15.

Empat wakil rakyat terlibat adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar); Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Muhyiddin berkata, Johari memutuskan bahawa mereka telah menyertai GRS pada 27 Oktober tahun lalu, sekali gus menyaksikan keahlian mereka dalam Bersatu gugur serta-merta pada waktu itu selaras dengan Fasal 10.2.3 perlembagaan parti tersebut.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok