Anwar jual maruah negara, lantik kleptokrat anggotai Kabinet

December 3, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggadai prinsip tata kelola yang baik sebagaimana dijajanya ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila melantik kleptokrat menganggotai Jemaah Menterinya.

Presiden Bersatu itu berkata Jemaah Menteri diumum Anwar malam tadi adalah barisan Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini (3 Disember 2022), merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk rasuah.

Pada 24 Januari lalu, Zahid diperintah membela diri atas 47 pertuduhan setelah Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap pertuduhan tersebut.

Dalam penghakimannya Sequerah berkata terdapat bukti dan wujud prima facie terhadap 47 pertuduhan terhadap Zahid.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

“Beliau sendiri (Anwar) sebagai Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, satu amalan yang membawa kepada pemusatan kuasa dan penyelewengan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1MDB sebelum ini.

“Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau ternyata berbohong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti rasuah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.

“Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi,” katanya Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh.

Muhyiddin juga berkata Ahli Parlimen yang dikenali dengan sikap cauvinis melampau dilantik menerajui kementerian tertentu yang bakal mengundang kontroversi.

“Boleh dijangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan.

“His reform agenda rings hollow when he could not even stand up in defence of his own party’s struggle to fight against corruption and promote good governance. His worth as a true leader worthy of respect and dignity is now highly questionable,” katanya.

Muhyiddin berkata sistem negara kita telah rosak apabila individu bankrap moral dan prinsip boleh dilantik menerajui negara dan yang terpalit dengan jenayah rasuah menganggotai Kabinet.

“Rasa tanggungjawab dan belas kasihan terhadap rakyat telah tiada dan rakyat juga hilang percaya terhadap tonggak kepimpinan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok