Anwar hanya ‘PM tepi’, kata saya gagal tangani Covid: Muhyiddin

November 8, 2022 · Politik

Langkah diambil Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid-19 sejak 2020 lalu, bukan gagal sebagaimana dakwaan sesetengah pihak, termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata apa yang dinikmati oleh rakyat sekarang ini adalah hasil usaha Kerajaan Perikatan Nasional yang dituduh telah gagal hanya kerana ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia.

Sebaliknya, menurut beliau sekiranya Kerajaan Perikatan Nasional tidak mengambil tindakan segera, termasuk menutup sempadan negara, mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membeli vaksin, pastinya lebih ramai yang meninggal dunia.

“Anwar Ibrahim menuduh bahawa saya gagal untuk menguruskan Covid-19. Betulkah? Beritahu pada Anwar Ibrahim tak betul… bohong. Kita berhadapan dengan satu situasi yang luar biasa. Bukan saja Malaysia, seluruh dunia termasuk negara maju, negara tidak maju, kecil dan besar.

“Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu membina pusat-pusat suntikan vaksin di seluruh negara, sehingga ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Apa yang Anwar tahu.

“Pakatan Harapan hanya pandai buat tuduhan tapi tidak bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita (Kerajaan Perikatan Nasional) lakukan, termasuk menyelamatkan nyawa dia, keluarga dia, anak dia, cucu dia dan seluruh rakyat Malaysia.

“Beritahu pada Anwar Ibrahim boleh cakap tapi apa pun tak buat. Dia tak nak ucapkan terima kasih malahan langsung tidak bersyukur kerana dengan tindakan tegas yang kerajaan pimpinan saya telah ambil kita telah menyelamatkan jutaan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah PN BEST di Kuala Perlis yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kangar, malam ini (Selasa, 8 November 2022).

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya bersyukur kerana “sekiranya kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, maka Allah akan tambah lagi kenikmatan itu”.

Bukan setakat mahu menyelamatkan nyawa rakyat daripada Covid-19, malah, Muhyiddin berkata Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu juga mahu menyelamatkan ekonomi negara.

“Mungkin Anwar Ibrahim juga tak setuju rancangan kita (Perikatan Nasional). Dia kata PKP yang paling panjang di dunia,” katanya.

Muhyiddin berkata Kerajaan Perikatan Nasional terpaksa ambil tindakan melakukan kawalan untuk mengelak berjuta penduduk akan meninggal akibat Covid-19.

“Dan kalau tak kawal begitu sistem kesihatan negara juga akan runtuh. Dan bukan sistem kesihatan negara sahaja, tapi juga sistem ekonomi negara kita boleh runtuh.

“Ada orang tak tahu. Biarlah… dia bukan Perdana Menteri pun… Dia Perdana Menteri tepilah… tak buat apa pun. Kita menguruskan sekarang ini masalah nyawa hampir selesai walaupun Covid masih ada dalam masyarakat. Kat sekitar ni. Sekarang ini sudah ada fasa-fasa pandemik,” katanya.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
24 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok