Zahid ‘berlakon’ tak faham Perlembagaan, peraturan Parlimen

June 24, 2021 · Isu semasa

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan membidas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu desakan supaya kerajaan Perikatan Nasional(PN) membuka sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Katanya, Zahid seperti buat-buat tidak faham mengenai Perlembagaan dan peraturan Parlimen sehingga cuba mengertak kerajaan PN dengan memberi kata dua dalam kes berkenaan.

Beliau menolak dakwaan Zahid bahawa kegagalan untuk berbuat demikian adalah satu perbuatan ‘derhaka’ kepada Raja.

“Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat kerajaan.

“Tiada soal derhaka. Ini soal pentadbiran kerajaan yang berasaskan perundangan dan Perlembagaan. Maka apabila tempoh notis memanggil sidang ialah 28 hari, peraturan mana yang dia rujuk untuk mengugut 14 hari?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata, Raja-Raja Melayu menitahkan pentingnya kestabilan politik berbanding amalan ‘politiking’ sepertimana yang dibawa oleh Zahid ketika ini.

“Apabila Zahid sengaja menggugat kestabilan politik, siapa yang derhaka? Tetapi saya membezakan antara Zahid dan UMNO,” katanya.

“Ahli UMNO mahu penyatuan politik Melayu, dan menolak usaha membawa DAP menjadi kerajaan, apatah lagi usaha menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
3 jam lalu· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
3 jam lalu· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
8 jam lalu· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
8 jam lalu· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
4 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
10 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
18 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
18 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok