Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang

September 29, 2022 · Isu semasa

Pada 7 September 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan kelonggaran terhadap keperluan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) dan memutuskan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) adalah atas pilihan (optional).

Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan terkini, KKM ingin mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang. Protokol baharu ini akan mula berkuat kuasa serta-merta pada 28 September 2022.

KKM bagaimanapun amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu yang berikut:

1. Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
2. Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
3. Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Keputusan yang dibuat ini adalah mnggunakan pendekataan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan
beban kes Covid-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini:

1. Pengudaraan yang baik dalam kabin
2. Penggunaan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara
3. Susunan tempat duduk ke hadapan
4. Kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.

Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura. Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok