Ringgit jatuh semula hari ini

December 13, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit jatuh lagi ketika urus niaga ditutup jam 6 petang tadi (13 Disember 2022), setelah dibuka rendah pagi tadi pada 4.4250 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sentimen kekal tidak menentu menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS lewat hari ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.4260/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4150/4200 pada akhir urus niaga semalam, menurut laporan Bernama.

Laporan itu memetik Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kalangan penggiat pasaran juga masih menunggu kenyataan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai IHP susulan pengumuman data inflasi sebelum ini yang kurang memberangsangkan.

Laporan media menyatakan bank pusat AS itu dijangka menaikkan kadar faedah sehingga 50 mata asas pada Rabu yang lebih rendah daripada kenaikan 75 mata asas dalam empat mesyuarat sebelum ini.

“Walaupun jangkaan inflasi itu jelas meleset, peniaga tempatan sebaliknya masih bimbangkan mengenai kenaikan IHP AS yang lebih tinggi dan boleh menjejaskan kenaikan ringgit pada akhir tahun ini.

“Namun, saya berpendapat bahawa ringgit berada dalam kedudukan bertahan sekarang ketika pasaran masih berpendirian positif terhadap mata wang itu dalam 2023,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding satu kelompok mata wang utama.

Unit tempatan itu rendah berbanding pound Britain kepada 5.4307/4381 daripada 5.4190/4251 pada Isnin dan susut berbanding euro kepada 4.6646/6709 daripada 4.6622/6675 semalam.

Ringgit bagaimanapun mengukuh sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2640/2689 daripada 3.2641/2683 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2142/2188 daripada 3.2311/2350.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok