Program Imunisasi Fasa 4 libatkan sektor industri diaktifkan

June 14, 2021 · Isu semasa

Pekerja dalam sektor industri akan menerima vaksinasi dengan kadar segera selepas Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah diaktifkan, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Langkah tersebut diambil bagi mengawal kluster tempat kerja dan ia akan bermula di kawasan industri yang beroperasi semasa pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, sehingga 28 Jun ini.

“Fasa kawalan wabak ini melibatkan sektor ekonomi kritikal iaitu asas tulang belakang pembangunan ekonomi negara, dan ia perlu diterapkan secepat mungkin dalam kalangan industri, supaya kluster tempat kerja dapat dikawal,” katanya lapor Bernama.

Khairy memandang serius penularan melibatkan kluster tempat kerja, malah semalam sahaja sebanyak 11 daripada kluster baharu dikesan melibatkan pekerja industri.

Khairy berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyelaraskan pusat pemberian vaksin (PPV) Industri, bagi proses vaksinasi untuk sektor perkilangan.

“Selepas itu, PPV Industri akan dibuka kepada sektor lain seperti pembinaan, perladangan, peruncitan dan hospitaliti secara berperingkat,” katanya lagi.

Menurut Khairy, sebanyak 30,000 dos vaksin disediakan untuk pihak industri pada bulan ini (Jun), tidak termasuk di Sarawak.

MITI pada Sabtu lepas berkata Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bagi sektor pembuatan akan dilancarkan sebagai Fasa 4 daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan vaksinasi akan dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.

Sementara itu, Khairy berkata kadar keseluruhan vaksinasi negara di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merekodkan lebih 100,000 dos sehari.

Beliau berkata, purata dos yang diberi pada minggu lepas iaitu antara 7 hingga 13 Jun adalah 130,842 dos sehari, dan ini merupakan peningkatan daripada purata 94,481 dos sehari pada minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan mengagihkan 30,000 dos vaksin di Labuan, berikutan jumlah kes COVID-19 yang agak kritikal di pulau berkenaan.

Pada 7 Jun lepas, media melaporkan yang jumlah kes aktif COVID-19 di Labuan meningkat 63 kali ganda sejak awal bulan lepas.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok