Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah

July 6, 2022 · Isu semasa

Polis telah menerima laporan berkaitan video gurauan (prank) YouTube di mana seorang lelaki dilihat menarik tudung dua wanita, menurut sebuah akhbar tempatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata seorang lelaki yang memuat naik video itu telah membuat laporan polis pada Isnin (4 Julai).

Berdasarkan maklumat yang diterima, Ashari berkata, video itu dibuat untuk mendapat perhatian di media sosial.

Katanya, polis belum menerima sebarang laporan daripada dua wanita yang terbabit dalam video berkenaan.

“Kami sedang mencari kedua-dua wanita itu untuk merekodkan keterangan mereka mengenai kejadian itu,” katanya.

Semalam (5 Julai) lelaki yang juga Youtuber dikenali Nick memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita di saluran Youtubenya dengan mendakwa kononnya untuk melihat sama ada orang Melayu masih mempertahankan agama Islam.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi video terbaru yang dimuat naik di Youtube, tidak lama selepas mencetuskan kontroversi.

Sekalipun sudah menjelaskan perkara sebenar, rata-rata netizen terus melemparkan kecaman terhadapnya dan menganggapnya kurang ajar kerana tidak menghormati wanita Muslimah.

Dalam video sama, dua wanita terbabit turut memohon maaf kepada semua yang tersinggung selepas menonton rakaman yang tular itu.

Menerusi video terdahulu, Nick menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen dan turut memberitahu dua wanita yang kononnya menjadi mangsa ‘prank’ adalah rakannya.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok