PM arah segerakan bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir

December 21, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bayaran bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri disegerakan.

Sambil menjelaskan akan ada lagi bantuan kepada mangsa banjir, beliau berkata isu itu telah dibangkitkannya pada mesyuarat khas bersama menteri besar dri negeri-negeri yang terbabit dalam bencana itu.

“Saya telah umum semalam, kerajaan sediakan peruntukan awal. Makna ada lagi. Peruntukan awal RM100 juta untuk membaik pulih sama ada jambatan, jalan, infrastruktur lain termasuk rumah.

“Pada masa sama, kerajaan bersetuju salurkan RM1,000 kepada setiap keluarga.

“Setiap keluarga terkesan akibat banjir. Nama perlu dihantar kepada pejabat daerah berkaitan. Saya nak ia dipercepatkan supaya pembayaran tidak perlu tunggu lama,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara Dewan Besar D’ Sury, Jelebu, hari ini.

Perdana Menteri juga mahu urusan pembersihan pasca banjir di kawasan yang terlibat dipercepatkan bagi memudahkan urusan penduduk untuk kembali ke kediaman masing-masing.

“Saya harap urusan penduduk kembali ke kediaman masing-masing disegerakan dan tidak mahu nanti jika lewat memberikan kelulusan akan menjejaskan kemasukan mangsa ke rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata jika buat masa ini air sudah mula surut, maka pejabat daerah bolehlah membenarkan penduduk kembali ke rumah sekiranya keadaan didapati selamat.

Ismail Sabri berkata pihaknya akan menguruskan serta memberi arahan kepada agensi terlibat termasuk bomba, tentera, polis dan pihak majlis daerah yang mempunyai peralatan mencukupi supaya membantu mempercepatkan proses pembersihan di kediaman yang terjejas.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok