Peniaga produk kosmetik tak boleh guna gelaran doktor untuk buat iklan

July 25, 2022 · Isu semasa

Gelaran profesional seperti “doktor” tidak boleh digunakan pengasas atau usahawan kosmetik untuk mengiklankan produk mereka di pasaran, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menjelaskan larangan berhubung penggunaan gelaran “doktor” itu termaktub dalam garis panduan pengiklanan untuk kosmetik yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pada masa sama, katanya, pengasas produk kosmetik tidak boleh membuat tuntutan perubatan atau berlebihan mengenai produk masing-masing hingga melampaui skop takrifan kosmetik, iaitu membersih, mewangi atau mencantikkan.

“Berdasarkan garis panduan pengiklanan untuk kosmetik dikeluarkan NPRA, penggunaan gelaran profesional seperti doktor tidak dibenarkan.

“Jika penjualan kosmetik membabitkan orang profesional seperti doktor, maklumat akan disalurkan kepada badan profesional yang mengawal selia amalan doktor untuk tindakan selanjutnya.

“Tindakan regulatori seperti amaran iklan dan pembatalan notifikasi produk akan diambil sekiranya ia didapati diiklankan dengan tuntutan perubatan atau tuntutan melampaui skop takrifan kosmetik,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Berita berkaitan
Analisis Kuantitatif dalam Forex: Kaedah Lanjutan untuk Ramalan Pasaran
February 27, 2024· Rencana
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023· Politik
Macau scam: Doktor rugi RM100,000 ditipu menyamar pegawai LHDN
June 18, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
18 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok