Pemansuhan UPSR muktamad

August 9, 2022 · Isu semasa

Keputusan Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR) adalah muktamad walaupun ada desakan daripada ibu bapa supaya peperiksaan itu dilaksanakan semula.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mohamad Alamin dilaporkan berkata langkah itu bertujuan memastikan fokus murid pada peringkat sekolah rendah tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

“Sebelum dimansuhkan, pihak kementerian sudah pun memberi penjelasan berkali-kali kepada guru selain menerusi sesi libat urus dengan masyarakat,” katanya kepada media selepas merasmikan Penutupan Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 31 Bilangan 3 melibatkan 57 peserta dari pelbagai jabatan di kementerian tersebut di Putrajaya, hari ini.

Semalam, media melaporkan semakin ramai ibu bapa yang menuntut agar UPSR dikembalikan kerana banyak kelemahan dalam kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Gesaan itu turut disokong seorang pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad yang mendedahkan sistem penilaian baharu tersebut belum sesuai dilaksanakan dan menjejaskan prestasi murid, lapor Utusan.

Tahun lalu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pembatalan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3.

UPSR mula diperkenalkan pada 1988 lalu bagi menggantikan Penilaian Darjah Lima, namun pada 2010, cadangan pemansuhan UPSR telah pun dirancang untuk diambil alih menerusi PBD.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kaedah baharu sebenarnya lebih inklusif selain amat holistik dan bukan lagi dinilai berdasarkan hasil gred keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi melahirkan modal insan yang bukan cemerlang akademik sahaja sehingga hanya tumpu belajar untuk lulus peperiksaan.

Tambahan pula, kaedah itu yang merupakan sebahagian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sudah pun dibuat secara berperingkat sejak 2011 selaras Falsafah Pendidikan Negara.

Justeru, beliau yakin, sistem penilaian baharu adalah lebih bersifat menyeluruh dan bukan lagi mentaksir sifat kejayaan murid diukur dengan jumlah A yang diperoleh ketika ujian bertulis.

Langkah pemansuhan UPSR ujarnya, bukan dibuat terburu-buru dan pihak kementerian turut menerima maklum balas banyak pihak berkepentingan sebelum keputusan dimuktamadkan.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan, pihak kementerian bersedia melakukan sebarang penambahbaikan untuk memastikan segala aspek kelemahan dalam PBD sentiasa diperbaiki.

Berita berkaitan
Pendekatan diperkenal PN buka peluang 22,327 graduan jadi guru
April 8, 2023· Isu semasa
Pengusaha kantin jumpa ‘cahaya di hujung terowong’ ketika PN: Radzi
February 28, 2023· Isu semasa
Atasi segera kemiskinan pembelajaran
February 20, 2023· Isu semasa
403,637 duduki SPM mulai esok
February 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok