Atasi segera kemiskinan pembelajaran

February 20, 2023 · Isu semasa

Di Malaysia, sebanyak 13 peratus kanak-kanak di hujung usia persekolahan sekolah rendah mereka tidak mahir dalam membaca. Manakala sebanyak 1 peratus dari jumlah kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula tidak bersekolah.

Bahkan penilaian berskala besar menunjukkan sebanyak 12 peratus kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai ‘minimum proficiency level’ (MPL) di hujung sekolah rendah pada 2017.

Sebagai perbandingan, hanya 3 peratus kanak-kanak di United Kingdom (UK) yang tidak mahir membaca. 0 peratus dari jumlah kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun tidak bersekolah. Hanya 3 peratus kanak-kanak yang tidak mencapai MPL pada 2016.

Kemiskinan pembelajaran ini seterusnya akan membiakkan krisis pembelajaran apabila lebih ramai kanak-kanak yang sepatutnya boleh membaca, tidak boleh membaca dan meneruskan pembelajaran mereka.

Sudah tiba masanya Malaysia mengambil serius isu ‘kemiskinan pembelajaran’ dan mula membuat pelan tindakan untuk memastikan produktiviti negara tidak terkesan dengan 13 peratus kadar kanak-kanak yang tidak boleh membaca hari ini.

Bahkan hari ini krisis pembelajaran menjadi lebih kritikal kerana pandemik Covid-19 yang melanda dan menyebabkan lebih banyak proses pembelajaran terganggu. Semakin kritikal isu ini berterusan, semakin lebar jurang yang akan terhasil akibat kemiskinan pembelajaran ini.

Kemiskinan material, kemiskinan hidup dan item lain kemiskinan seperti kelaparan mungkin sebahagian besarnya telah berjaya kita atasi sejak 1970-an hingga hari ini. Tetapi nampaknya muncul kemiskinan jenis baharu yang sedang mengancam kemakmuran negara di masa depan.

Iaitu kemiskinan pembelajaran, yang kesannya akan melibatkan bukan sahaja produktiviti negara tetapi juga jumlah kekayaan negara yang bakal kita nikmati nanti.

Dalam pada itu, didapati sejak pandemik Covid-19 menyerang negara, kadar perbelanjaan untuk tujuan pendidikan dalam kalangan isi rumah miskin dan B40 merosot hingga 84 peratus berbanding kemerosotan terhadap bayaran sewa rumah (39 peratus) dan perbelanjaan untuk pengangkutan merosot (39 peratus), manakala kos makanan keluarga pula merosot 4 peratus sahaja.

Kajian ini mengesahkan apabila sesebuah keluarga miskin bandar dan berpendapatan rendah mengalami masalah kewangan, antara paling terkesan ialah perbelanjaan pendidikan untuk anak. Akhirnya anak ini tidak mendapat peluang mendapatkan pendidikan sama rata seperti rakan sebaya mereka dalam kalangan keluarga berada.

Begitu juga keputusan menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) secara dalam talian di seluruh negara pada Jun 2020 sedangkan data dikutip pada April 2020 mengesahkan kebanyakan murid daripada keluarga miskin tidak mempunyai peranti dan akses internet untuk berbuat demikian.

Akhirnya, murid ini tidak dapat menjalani PdPR secara dalam talian seperti rakan mereka dalam keluarga mampu. Kesan kemiskinan keluarga sebenarnya sangat besar kepada kemajuan pendidikan anak.

Sementara itu, ramai kanak-kanak daripada keluarga miskin keciciran dan tidak meneruskan persekolahan ketika pandemik kerana ibu bapa kehilangan pendapatan dan pekerjaan.

Ibu bapa daripada isi rumah miskin berkecenderungan membuat keputusan mengurangkan perbelanjaan pendidikan untuk anak mereka. Keputusan ini banyak mempengaruhi tahap keciciran pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.

Golongan kanak-kanak keciciran pendidikan ini tidak semestinya berada di luar bandar, malah semakin ramai kanak-kanak keciciran pendidikan daripada keluarga miskin bandar.

Bagi mengelakkan keciciran pembelajaran murid miskin di bandar, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu bertindak segera termasuk merancang sistem pendidikan berkualiti berkos rendah untuk dinikmati anak daripada keluarga miskin di bandar seperti penyediaan lebih banyak sekolah dan asrama harian baharu di kawasan bandar sesak untuk mengurangkan kos pengangkutan anak ke sekolah.

Data kajian seluruh dunia boleh dijadikan sebagai panduan, kemiskinan terutama di bandar akan meningkatkan risiko keciciran pendidikan dalam kalangan murid rentan pendidikan.

Malah, akibat jurang kekayaan besar dalam masyarakat di bandar, jurang pendidikan turut membesar dalam jangka panjang. Tindakan mencegah jurang ini daripada terus membesar perlu dilakukan.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok