Pelan Pemulihan Negara selepas Covid-19 dirangka: Perdana Menteri

June 13, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik Covid-19 apabila mencapai satu peringkat yang munasabah.

Katanya pelan itu dibuat berdasarkan kepada data, sains dan semua persiapan yang dilakukan termasuk dari segi pengurusan Covid-19, ekonomi, program vaksinasi dan lain-lain, akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang.

PPN itu antara lain bertujuan memastikan sistem kesihatan negara tidak runtuh ekoran pandemik Covid-19, selain menjadikan isu ekonomi rakyat juga akan menjadi antara fokus utama.

“Beberapa menteri utama yang terbabit sudahpun duduk membentangkan secara kasar kepada saya. Pada dasarnya baik, tetapi belum lagi diperhalusi.

“Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu ‘exit strategy’ atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar dari masalah ini, tetapi ini adalah cabaran yang besar bergantung pada kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Johor, Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, ‘exit plan’ itu akan dibentangkan kepada rakyat secara fasa demi fasa sehingga usaha kerajaan dalam melandaikan jangkitan Covid-19 dan pemulihan semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.

Sementara itu, Perdana Menteri juga berkata kerajaan sedang mengkaji kewajaran menetapkan suatu tarikh tutup untuk rakyat mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sekarang adalah secara ‘open ended’ dan ia bagus. Tetapi sekiranya ada tarikh… katakanlah 1 Julai, mereka yang belum daftar, mesti mendaftar.

“Semua akan ada dalam sistem dan kita boleh merancang fasa demi fasa sehinggalah semua selesai (mereka yang mendaftar). Kita sedang melihat adakah wajar untuk menetapkan tarik sebegitu,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok