Mangsa banjir di KL, Selangor tak perlu bayar bil air Januari

January 4, 2022 · Isu semasa

Pengguna air domestik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang terkesan akibat banjir baru-baru ini, tidak perlu membayar bil bulan Januari 2020, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Dalam kenyataan hari ini, Air Selangor berkata pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 diberikan kepada pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

“Pengecualian bayaran bil air ini merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Air Selangor turut memanjangkan pengecualian bayaran bil air in kepada para pelanggan dengan akaun Domestik yang terkesan di Kuala Lumpur,” kata agensi pengurusan air itu.

Antara kawasan di Kuala Lumpur yang layak menerima pengecualian bayaran bil itu ialah Kampung Pasir; Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat (berhampiran WTC KL); Jalan Raja Chulan; Kampung Chubadak; Kampung Delima; Kampung Kasipillay; Kampung Kolam Air; Lorong Jambu Laut; dan Lorong Raja Mahadi.

Orang ramai boleh mengetahui senarai kawasan yang dikecualikan itu di sini.

Menurut kenyataan itu, semua pelanggan di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik.

“Mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor,” katanya.

Air Selangor bagaimanapun berkata sepanjang tempoh pengecualian bayaran ini, bil air bulanan akan terus dikeluarkan.

“Namun begitu, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bayaran bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.

“Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
17 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok