KDN belum terima senarai nama kartel dalam PDRM : Ismail

March 25, 2021 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima senarai nama individu yang didakwa terlibat dalam kartel Polis Diraja Malaysia (PDRM), dedah Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Ismail berkata keadaan masih terkawal dan memantau dengan dekat perkembangan pendedahan yang dibuat, bagaimanapun gesaan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) disifatkannya masih terlalu awal.

“Angka (individu terlibat) pun kita tidak tahu lagiā€¦ masih terlalu awal untuk RCI. Jika ada dakwaan itu dan ada asasnya boleh dibawa ke Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dahulu, dan sekiranya melibatkan pegawai rendah polis boleh dibawa dalam Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS),” katanya dipetik Bernama hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud kartel dalam PDRM yang dikatakan memiliki cita-cita tinggi mahu menjatuhkannya.

Abdul Hamid dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkannya.

Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat ‘bergerak’ ketika ini.

Susulan pendedahan tersebut, beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok