Hakim sukarela tarik diri dengar permohonan QC Britain wakili Najib

June 16, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh hari ini secara sukarela menarik diri daripada mendengar permohonan Queen’s Counsel (QC) Jonathan James Laidlaw yang berpangkalan di London, untuk dibenarkan bertugas di Malaysia bagi mengetuai pembelaan Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan jenayah terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Walaupun tiada bantahan dibangkitkan terhadap beliau untuk mendengar kes itu, Wan Ahmad Farid berkata beliau menarik diri untuk mengelak sebarang kritikan yang tidak perlu terhadap badan kehakiman, kerana peranannya yang lalu sebagai ahli politik, selain salah seorang ahli keluarganya adalah ketua bahagian UMNO.

“Saya ingin nyatakan bahawa seorang ahli keluarga terdekat saya adalah ahli politik yang aktif serta ketua bahagian parti politik yang sama dengan perayu (Najib),” katanya.

Menurutnya beliau tidak boleh terus mendengar usul permohonan Laidlaw kerana penglibatannya dan keputusan yang dibuat selepas itu “tidak akan dilihat dari mana-mana sudut pun hanya sebagai perspektif undang-undang tanpa kecenderungan atau keutamaan luaran lain”.

“Saya akan mengundang kritikan tidak perlu yang akan menjejaskan integriti badan kehakiman.

“Atas sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini, walaupun tiada permintaan dibuat oleh mana-mana pihak di sini, saya menarik diri daripada mendengar usul pemula ini,” katanyasemasa pengurusan kes bagi permohonan itu hari ini.

Mengikut Wikipedia, Wan Ahmad Farid adalah bekas ahli politik UMNO dari Terengganu. Beliau dilantik sebagai Senator dan kemudian Timbalan Menteri Dalam Negeri pada Mac 2008, selain menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 2009.

Laidlaw memfailkan permohonan pada 31 Mei di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk diterima di bawah Seksyen 18(1) untuk menjalankan amalan di Malaysia kerana Najib mahu mengupahnya untuk rayuan akhir SRC di Mahkamah Persekutuan, dengan mendakwa “memiliki kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak ada” dalam kalangan peguam di Malaysia.

Najib hanya mempunyai satu sahaja peluang lagi – di Mahkamah Persekutuan – untuk merayu terhadap sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes SRC International Sdn Bhd, setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman itu.

Najib sebelum ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020. Sabitan dan hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, terdapat penangguhan pelaksanaan terhadap hukuman itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan diselesaikan.

Pada 25 Januari lalu, peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari UK.

Mahkamah Persekutuan pada 29 April memaklumkan kedua-dua peguam Najib dan pihak pendakwaan bahawa ia akan mendengar rayuan itu selama 10 hari dari 15 Ogos hingga 19 Ogos, dan dari 22 Ogos hingga 26 Ogos.

Menurut pasukan pembelaan bekas Presiden UMNO itu daripada Tetuan Shafee & Co dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Laidlaw dikatakan “memiliki kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak ada” dalam kalangan peguam di Malaysia untuk kes itu.

Salah satu sebab permohonan Laidlaw dinyatakan ialah “akan melibatkan isu-isu serius, kompleks dan/atau novel berkaitan beberapa cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembagaan perayu, pengendalian prosiding oleh pihak pendakwaan, adjudikasi kes jenayah oleh mahkamah perbicaraan dan pentadbiran sistem Keadilan Jenayah”.

Bagaimanapun, 13 Jun lalu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mewakili pihak pendakwaan, membantah permohonan Laidlaw sambil menyatakan Shafee lebih layak, selain Laidlaw tidak fasih berbahasa Melayu.

Dalam afidavit itu, Mohd Ashrof berkata isu dalam kes SRC Najib bukanlah isu yang sukar atau kompleks, dan tidak bersetuju Laidlaw mempunyai kelayakan atau pengalaman khas yang relevan dengan rayuan SRC yang belum dimiliki oleh peguam Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa Laidlaw tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan perbicaraan jenayah atau rayuan jenayah di bawah undang-undang di mahkamah Malaysia – yang mana Najib didakwa dan disabitkan bersalah – dan peguam yang berpangkalan di United Kingdom itu tidak mahir dengan undang-undang tempatan yang terlibat dalam rayuan JPP di Mahkamah Persekutuan.

Mohd Ashrof juga menegaskan bahawa Laidlaw tidak mempunyai kelayakan Bahasa Malaysia seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 11(2) Akta Profesion Undang-undang untuk menyokong permohonannya di bawah Seksyen 18(2) untuk mewakili Najib.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Perbicaraan di AS dedah banyak maklumat baharu skandal 1MDB
March 1, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
18 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
19 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok