Gurauan tak bertempat: Menteri Pendidikan pertahan PMX

June 26, 2023 · Isu semasa

Susulan gurauan tak bertempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan yang dikecam, hari ini Menteri Pendidikan mempertahankan tindakan bosnya itu.

Memetik laporan FMT, Fadhlina Sidek hanya berkata kenyataan itu disalah tafsir dan menolak sebarang pertanyaan lanjut yang diajukan wartawan.

Sabtu lalu, ketika ingin menjawab pertanyaan dikemukakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 6, Anwar memuji kekemasan soalan dikemukakan pelajar berusia 18 tahun itu.

Beliau sempat berseloroh akan meminta nombor telefon pelajar itu sekiranya beliau masih muda.

“Saya bangga dengan Adriana ini. Tingkatan Enam pun bertanya soalan yang begitu kemas.

“Kalau saya muda saya dah minta nombor telefon,” seloroh Anwar di mana kejadian itu disiarkan secara langsung dalam program ‘Temu Anwar’ di USIM.

Jawapan Presiden PKR itu mendapat sorakan hadirin yang hadir pada program itu.

Pada sesi dialog itu, pelajar yang memperkenalkan dirinya sebagai Adriana melontarkan dua soalan berkisar kepada ekonomi dan kejatuhan ringgit.

Susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan itu, pelbagai pihak menuntut beliau memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang seksis.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 minit lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
16 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok