Datuk Ken, Datin tak mengaku jadikan rumah pusat perjudian

September 17, 2021 · Isu semasa

Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Ken’ dan isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang, Selangor hari ini atas empat pertuduhan menggunakan kediaman mereka sebagai rumah judi terbuka.

Liow Lian Keong, 40, dan isterinya, Chen Lye Kuen, 41, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan, Liow didakwa atas tiga pertuduhan menggunakan kediamannya sebagai rumah judi terbuka di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor antara jam 5.15 petang dan 6.15 petang, 6 Julai lalu.

Memetik Bernama, Datin Chen pula didakwa atas satu pertuduhan serupa di tempat dan tarikh sama, pada jam 5.15 petang.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin ke atas kedua-dua tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, pasangan itu yang diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin memohon jaminan rendah dengan alasan mereka menanggung dua orang anak selain ibu bapa masing-masing.

“Mereka memberi kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa dan semua akaun peribadi serta syarikat tertuduh juga telah dibekukan,” kata peguam itu yang turut dibantu peguam Thomas Chin, Ryan Chew Hong Chiang dan Matthew.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
17 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok