Daim kah bekas Menteri Kewangan dipanggil SPRM isu Pandora Papers?

February 14, 2023 · Isu semasa

Seorang bekas Menteri Kewangan yang kini berusia 84 tahun, dilaporkan telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi itu terhadap pendedahan ‘Pandora Papers’, melibatkan berbilion-bilion ringgit simpanan dalam akaun pesisir pantai.

Pandora Papers adalah laporan yang melibatkan kira-kira 600 wartawan daripada media termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian – dikeluarkan pada Oktober 2021, dan berdasarkan kebocoran dokumen daripada 14 syarikat perkhidmatan kewangan di seluruh dunia.

Media utama memetik sumber bahawa bekas Menteri Kewangan dan penasihat kerajaan itu dipanggil SPRM pagi semalam (13 Februari 2023) untuk menjelaskan aliran wang 12 syarikat luar pesisir yang dimilikinya dan keluarganya.

“Difahamkan SPRM sedang menumpukan siasatan dari pelbagai sudut untuk mengesan sama ada aset dan pelaburan yang dilakukan pemimpin dan keluarganya di luar negara adalah hasil daripada projek kerajaan,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu, siasatan SPRM masih di peringkat awal dan setakat ini tiada pembekuan sebarang akaun dilakukan.

“SPRM masih dalam peringkat mengesan aset-aset yang ada selain meneliti aliran transaksi kewangan syarikat-syarikat offshore yang dikaitkan dengan pemimpin berkenaan,” jelas sumber itu.

Pandora Papers mendedahkan golo­ngan kaya dan berpengaruh dunia, termasuk dari Malaysia, yang me­nyembunyikan kekayaan ma­sing-masing dengan menggunakan perkhidmatan offshore.

Offshore merujuk kepada syarikat berpangkalan di negara luar, mempunyai rangkaian dan struktur yang kompleks diwujudkan merentasi sempadan bagi menyembunyikan pemilikan kekayaan dalam bentuk wang dan aset.

Menerusi pendedahan sama, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari negara ini.

Sebelum ini, International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) yang turut disertai Mkini juga mendedahkan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikaitkan dengan syarikat luar pesisir.

Menurut ICIJ dan Malaysiakini, pemilikan akaun luar pesisir atau syarikat didaftarkan di luar pesisir tidak menyalahi undang-undang.

Pemilik akaun atau akaun amanah tidak wajib mengisytihar akaun ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana semua dana dipindahkan ke luar negara seharusnya sudah dikenakan cukai.

Pada 16 Julai tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Pembangkang menegaskan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (kini berusia 84 tahun) perlu memberi penjelasan berhubung isu Pandora Papers.

Malah, Anwar percaya Daim semestinya tidak akan tidur lena seandainya beliau (Anwar) menjadi Perdana Menteri, mengambil kira pendedahan yang akan dibuat berhubung skandal Pandora Papers itu.

“Sudah tentu Tun Daim Zainuddin orang terakhir yang mahu melihat saya sebagai Perdana Menteri. Saya jelaskan tidak ada perkara peribadi (antara kami berdua).

“Namun saya tahu (apa yang berlaku dalam isu Pandora Papers) kerana saya mengambil alih Kementerian Kewangan selepas beliau,” kata Anwar ketika sidang media selepas Kongres Nasional PKR ke-16 di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) di Shah Alam pada 16 Julai 2022.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
[KEMAS KINI] Kes baharu semakin tinggi melepasi 13,000
July 15, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
24 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok