CUEPACS kesal insiden pegawai imigresen ditengking, gesa PM campur tangan

August 4, 2022 · Isu semasa

Insiden seorang penjawat awam berpangkat ketua pengarah yang didakwa menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai jabatan imigresen amat dikesali Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presidennya, Datuk Adnan Mat menyifatkan insiden tersebut sebagai tidak wajar apabila seorang pegawai tertinggi boleh bersikap angkuh dengan bertindak sedemikian dan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan.

“Ia amat malang jika seseorang pegawai tertinggi dalam kerajaan memerlukan layanan bertaraf orang kenamaan sedangkan beliau harus menyantuni pegawai kerajaan dengan bijaksana dan memahami tugasan mereka di lapangan serta bukannya memalukan pegawai tersebut di depan khalayak ramai seperti yang didakwa.

“CUEPACS berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali dapat mengambil tindakan segera demi menjaga kebajikan kakitangan awam serta mengekalkan keharmonian dalam kalangan penjawat awam,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Adnan terdahulu menghadiri ajlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan dan Taklimat Isu Semasa CUEPACS.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) terkilan dan kecewa dengan tingkah laku seorang pegawai kanan berjawatan ketua pengarah yang didakwa mereka menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai jabatan imigresen yang sedang bertugas di KLIA.

Presidennya, Khairil Niza Khairuddin berkata, insiden bermula apabila tiada pegawai imigresen ditempatkan di kaunter bilik orang kenamaan (VIP) KLIA dan pegawai kanan itu mahukan layanan orang kenamaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula menerusi kenyataan hari ini menegaskan, segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

JPA dalam kenyataan memaklumkan, ia susulan kenyataan yang sedang tular di media sosial berhubung tuduhan kononnya KPPA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen di KLIA pagi semalam.

Sementara itu Adnan menambah, pihaknya dengan gabungan kesatuan lain turut akan melakukan siasatan sendiri berhubung kejadian berkenaan.

“Saya percaya ada kamera litar tertutup (CCTV) dan boleh melihat pihak yang mana benar atau apa kepincangan yang berlaku di antara dua pihak berkenaan.

“Berlandaskan prinsip Keluarga Malaysia, perkhidmatan awam mesti bergerak berdasarkan nilai-nilai yang disemai dalam semangat keluarga malaysia seperti mana yang disarankan oleh kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Perbicaraan di AS dedah banyak maklumat baharu skandal 1MDB
March 1, 2022
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
18 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok