Covid-19: Dua SK di Masjid Tanah ditutup

April 6, 2021 · Isu semasa

Dua sekolah rendah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup sementara selepas empat murid dan empat guru sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram ditutup sehingga esok, manakala SK Pengkalan Balak pula diarah tutup hari ini sehingga Jumaat.

Beliau berkata, dua kakitangan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) turut disyaki positif COVID-19, namun pusat pengajian terbabit boleh beroperasi seperti biasa.

“Mereka yang positif adalah dua murid SK Jeram manakala masing-masing tiga murid serta guru di SK Pengkalan Balak.

“Kerja nyahkuman akan dilakukan segera di semua sekolah dan pusat pengajian terbabit dengan segera. Punca jangkitan masih disiasat,” katanya.

Beliau berkata, jangkitan itu dikesan selepas pusat kesihatan daerah Alor Gajah melakukan saringan terhadap seorang wanita yang dijangkiti daripada Kluster Jalan Kenanga.

Katanya, wanita berkenaan kemudian menghadiri majlis doa selamat dan tahlil di Kuala Sungai Baru sebelum mengalami demam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
18 jam lalu · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
18 jam lalu · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok