[KEMAS KINI] 7,240 kes sembuh direkod hari ini

June 16, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi adalah sebanyak 73 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam negara merekodkan 101 kes kematian dengan Selangor tertinggi iaitu 50 kes.

Terdahulu beliau memaklumkan jumlah keseluruhan kes positif harian dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi adalah 5,150 kes menjadikan kumulatif 673,026 kes.

Sebelas negeri mencatatkan penurunan jumlah kes baharu, berbanding lima yang meningkat.

Beliau berkata seramai 924 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 453 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kes sembuh hari ini adalah seramai 7,240, menjadikan kumulatif sembuh sebanyak 600,935. Sebanyak 67,949 lagi kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh itu juga 19 kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kluster aktif adalah sebanyak 788 kes, manakala 1,744 lagi telah ditamatkan.

Daripada jumlah kluster baharu itu enam kluster tempat kerja dan Kumpulan Berisiko Tinggi direkodkan di Selangor; Sarawak (tiga – tempat kerja dan komuniti); Johor (dua – tempat kerja dan Kumpulan Berisiko Tinggi); dan Pulau Pinang (dua – tempat kerja).

Sementara masing-masing satu kluster tempat kerja serta komuniti di Melaka; Kedah; Perak; Sabah; Negeri Sembilan, Kelantan, dan Kuala Lumpur.

Data 16 Jun 2021

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
12 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok