27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini

November 17, 2022 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 27 kawasan di daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat, di landa banjir kilat awal pagi ini (17 November 2022), dengan tiga pusat penempatan sementara (PPS) dilaporkan telah dibuka.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor telah menerima panggilan kecemasan melibatkan 27 kawasan terjejas banjir dan satu kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan di ketiga-tiga daerah itu.

Setakat jam 3 pagi tadi, sebanyak tiga PPS dibuka iaitu bagi menempatkan lebih 31 mangsa di PPS Masjid Kampung Johan Setia; Bandar Bukit Tinggi 2; dan Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih.

JBPM Selangor dilaporkan telah menugaskan 130 pegawai dengan anggota melibatkan kekuatan logistik lapan jentera; kenderaan utiliti (enam); lori (empat); dan 17 bot dari 11 balai bomba yang terlibat ke lokasi kejadian untuk tindakan menyelamat.

Sementara itu di daerah Petaling, kawasan yang terlibat ialah di Seksyen 13, Seksyen 22, Padang Jawa, taman Sri Muda dan i-City, semuanya di Shah Alam; manakala di Klang melibatkan Taman Sentosa dan GM Klang.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok