10 surat kementerian, agensi diterima untuk bergerak: Polis

June 6, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan menerima surat kebenaran pergerakan daripada 10 kementerian serta agensi sahaja dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau ‘total lockdown’ sepanjang 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata, bagi pekerja sendiri yang tiada majikan seperti penjaja tepi jalan atau penyelenggara, kebenaran polis secara ‘one off’ hendaklah diperoleh.

“Hanya surat pengesahan daripada kementerian dan agensi berkaitan sahaja diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bagi sektor-sektor dibenarkan beroperasi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, 10 kementerian dan agensi terbabit ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti); Kementerian Pengangkutan; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC); Kementerian Komunikasi dan Multimedia; dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Manakalan agensi yang terbabit pula ialah Bank Negara Malaysia (BNM); Suruhanjaya Sekuriti (SC); pihak berkuasa tempatan (PBT) dan PDRM.

Acryl Sani berkata, dokumen pengesahan perlu bertarikh 1 Jun 2021 dan mana-mana pihak yang tiada sebarang dokumen atau telah tamat tempoh akan diarah berpatah balik.

“Bagi pekerja di sektor yang tidak dibenar beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyeriaan dokumen, invois pembayaran gaji, kebenaran PDRM akan diberi secara one off bagi tempoh 2-3 hari sahaja dengan mengemukakan bukti daripada majikan,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya mengemukakan dokumen dikeluarkan oleh kementerian atau agensi berkenaan ketika melalui Sekatan Jalan Raya bagi mengelak tindakan.

“Mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/photos/pcb.4324330604243880/4324330237577250/

Berita berkaitan
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
June 9, 2023· Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023· Isu semasa
Polis buru along buat ugutan kepada Ketua Polis Pulau Pinang
June 5, 2023· Isu semasa
Bukit Aman berjaya selesaikan 1,658 kes curi kenderaan
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
21 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok