YouTube sekat calon ketua eksekutif Hong Kong yang pro-Beijing

April 21, 2022 · Dunia

YouTube bertindak menyekat saluran akaun John Lee Ka-chiu, calon tunggal yang sedang berkempen bagi jawatan ketua eksekutif Hong Kong dengan alasan mematuhi arahan sekatan Amerika Syarikat (AS).

Walaupun bertanding tanpa pesaing, Lee mula mempromosikan kempennya menerusi platform YouTube dan Facebook.

Bagaimanapun, YouTube yang dikendalikan Google bertindak, menyekat saluran calon yang disokong Beijing itu pada 20 April lalu.

Google berkata ia “mematuhi undang-undang sekatan AS yang berkenaan dan menguatkuasakan dasar berkaitan di bawah Syarat Perkhidmatannya,” lapor South China Morning Post.

“Selepas menyemak dan konsisten dengan dasar ini, kami menamatkan saluran YouTube Johnlee2022,” kata jurucakap itu.

Lee bukan orang pertama daripada pegawai Hong Kong dan China yang disekat oleh Washington sejak 2020.

Langkah itu diambil sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan undang-undang yang zalim digunakan oleh Beijing untuk menghalang perbezaan pendapat di bandar yang menjadi hab kewangan itu.

Lee merupakan pegawai keselamatan tertinggi di Hong Kong yang mengambil tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi pada 2019 dan menyelia pelaksanaan undang-undang keselamatan diperkenalkan Beijing untuk menekan rakyat bandar itu setahun kemudian.

Pada Jun, Beijing melantik Lee sebagai ketua keselamatan kedua tertinggi di bandar itu, menjadi pegawai keselamatan pertama mengambil peranan itu.

Beliau meletak jawatan pada awal bulan ini selepas mengumumkan pencalonannya untuk ketua eksekutif Hong Kong.

Pejabat Lee melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Google, mendakwa tindakan “tidak akan sama sekali menjejaskan keazaman untuk terus menjaga keselamatan negara.”

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok