Wartawan kata Israk Mikraj ‘cerita penuh khayalan’ disiasat

February 21, 2022 · Dunia

Pendakwa raya Mesir memulakan siasatan terhadap seorang wartawan yang terkenal dengan kempennya menentang Islam, selepas dia mempersoalkan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Ibrahim Issa – seorang pengkritik gigih terhadap kumpulan Ikhwanul Muslimin, yang diharamkan oleh rejim Presiden Abdel Fattah al-Sissi – membuat kenyataan dalam sebuah rancangan televisyen yang ditayangkan di seluruh negara itu pada Jumaat.

Issa mendakwa Israk dan Mikraj, perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Baitulmaqdis, dari mana baginda kemudiannya naik ke langit, adalah ‘kisah yang benar-benar khayalan’.

Dia berkata ulama Islam hanya memetik daripada buku untuk mengesahkan peristiwa itu dan mengetepikan pendapat orang lain yang menafikan kejadian berkenaan.

Baginya ulama memberi ‘pandangan salafi, dan dia mendakwa gagal memberi pemahaman yang lebih luas berkaitan Islam.

Pihak berkuasa teologi tertinggi Mesir, Dar al-Ifta, mengeluarkan kenyataan balas mengandungi tujuh perkara pada Sabtu menyatakan perjalanan Israa dan Miraj adalah benar-benar berlaku dan tidak boleh dinafikan dalam apa cara sekalipun.

Pada hari sama, pendakwa raya Mesir mengarahkan siasatan dilakukan terhadap Issa.

Majlis Tertinggi bagi Peraturan Media Mesir juga berkata ia akan menyediakan laporan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran kod etika.

Kenyataan Issa mencetuskan kontroversi meluas di media sosial, termasuk oleh pengkritik dan penyokong, manakala pelakon Mesir Mostafa Darwish menghentikan penggambaran filem yang dikarang oleh Issa berjudul “The Atheist”.

Seorang pengguna Twitter mengecam Issa kerana meragui ajaran Islam, manakala seorang lagi memujinya kerana membantu “projek nasional untuk pemodenan dan revolusi menentang fanatik.”

Pada November, Issa mencetuskan kontroversi selepas berkata dia terkejut apabila mendapati seorang ahli farmasi membaca al-Quran di sebuah farmasi.

“Membaca al-Quran adalah satu perkara yang indah … tetapi anda harus mengutamakan membaca buku mengenai perubatan,” kata Issa.

Issa juga seorang pengkritik lantang di bawah pemerintahan tiga dekad Hosni Mubarak, yang digulingkan pada 2011 berikutan protes besar-besaran. – Agensi

Berita berkaitan
Tokoh wartawan kanan zahir kebimbangan SKMM digunakan untuk sekat berita
August 30, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar
May 28, 2023· Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022· Isu semasa
Dua wartawan antara 34 maut dalam dua nahas berasingan di Turki
August 21, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok