Dua wartawan antara 34 maut dalam dua nahas berasingan di Turki

August 21, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan pada Sabtu (20 Ogos), masing-masing di tempat di mana perlanggaran telah berlaku tidak lama sebelumnya, lapor media tempatan.

Nahas pertama membabitkan bas dan ambulans mengorbankan 16 orang dan mencederakan 31 lagi di lebuh raya di wilayah Gaziantep, kata pegawai tempatan.

Gabenor Davut Gul berkata sebelum ini kemalangan itu melibatkan “bas, pasukan kecemasan dan ambulans” di laluan antara ibu kota wilayah Gaziantep dan Nizip.

Agensi berita DHA berkata sebuah bas penumpang telah merempuh ambulans, sebuah trak bomba dan sebuah kenderaan yang membawa wartawan di lokasi nahas sebelumnya.

Tiga anggota paramedik, tiga anggota bomba dan dua wartawan dari agensi berita Ilhas Turki adalah antara yang terbunuh, lapor media tempatan.

Gambar di DHA menunjukkan bahagian belakang ambulans tercabut dan bas rosak teruk.

Pihak berkuasa kini menyoal pemandu bas itu untuk cuba memastikan apa yang berlaku, lapor DHA.

Pendakwa raya sedang menyiasat kemalangan maut kedua beberapa jam lebih awal, yang juga berlaku ketika perkhidmatan kecemasan sedang menangani kejadian awal di lokasi nahas itu.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan hampir 30 cedera selepas seorang pemandu trak merempuh pejalan kaki di Derik, di wilayah Mardin, tulis Menteri Kesihatan Fahrettin Koca di Twitter.

Kemalangan di Derik di wilayah Mardin “berlaku selepaslori terbabit mengalami kerosakan brek, sebelum merempuh orang ramai”, tulis Koca.

26 lagi cedera, enam daripadanya parah, tambahnya.

Media Turki berkongsi rakaman seorang pemandu hilang kawalan ke atas traknya, kemudian merempuh kenderaan dan pejalan kaki ketika mereka cuba melarikan diri.

Agensi media rasmi Turki, Anadolu melaporkan kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan berlaku di lokasi yang sama tidak lama sebelum itu. Anggota kecemasan sudah berada di tempat kejadian apabila lori itu merempuh orang ramai.

Menteri Kehakiman Bekir Bozdag mengumumkan di Twitter bahawa pihak pendakwa telah membuka dua siasatan ke atas kemalangan itu.

“Semua sumber digerakkan,” tulisnya di Twitter, sambil mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menghantar Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu ke lokasi kemalangan. – Agensi

Berita berkaitan
Guna bas pasukan bola Terengganu FC ke taklimat UMNO dikecam peminat
August 28, 2022· Isu semasa
Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan di Gerik
July 23, 2022· Isu semasa
Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece
July 17, 2022· Dunia
Bekas Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia
July 9, 2022· Isu semasa
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
September 26, 2022
Perang Ukraine: Russia guna senjata laser generasi baharu hapus dron
May 19, 2022
Kenaikan OPR: Bank Dunia beri amaran risiko kemelesetan global
September 16, 2022
Lagi Dunia terkini
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
8 jam lalu · Dunia
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
11 jam lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
18 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
September 25, 2022 · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok