Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar

May 28, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk menghadapi sebarang kritikan media terhadap pentadbirannya.

Beliau berkata kritikan pihak media itu tidak seharusnya mencemaskan kerajaan.

“Kerajaan membuat keputusan yang jelas bahawa media harus Malaysia harus bebas sepenuhnya. Kritikan (media) terhadap perdana menteri dan kepimpinan, boleh, diharuskan dan  (kritikan) tidak seharusnya timbulkan rasa cemas (kepada kerajaan).

“Kalau benar ada kelemahan, saya mohon maaf dan kita sedia lakukan perubahan,” katanya ketika berucap pada perasmian sambutan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) di Ipoh, hari ini.

Menyentuh soal mogok yang berlaku di Utusan pada 1961, Anwar berkata peristiwa itu menjadi pencetus terhadap kesedaran untuk mempertahankan kebebasan media sebagai suara yang tidak mahu dibelenggu pemerintah.

“Berlaku mogok di Utusan, satu sejarah tragis bagi wartawan, kemudian apabila wartawan cuba memberi teguran dan kritikan, akhbar The Star diharamkan.

“Pengalaman ini menunjukkan bahawa perjuangan dalam kalangan wartawan yang mampunyai idea, prinsip dan nilai tidak semestinya mudah, jadi saya dan rakan-rakan dan pimpinan kerajaan sekarang membuat keputusan yang sangat jelas bahawa media di Malaysia harus bebas sepenuhnya,” katanya.

Berita berkaitan
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023· Isu semasa
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Syed Saddiq umum MUDA keluar kerajaan, bidas kerajaan hentikan kes Zahid
September 10, 2023· Politik
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
24 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
24 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok