Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan

July 4, 2022 · Dunia

Tiga terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam kejadian tembakan di pusat beli-belah Copenhagen pada Ahad, kata polis Denmark sambil menambah mereka telah menahan seorang suspek, rakyat tempatan berusia 22 tahun.

Pemuda itu, yang menurut saksi bersenjatakan raifal ditangkap secara aman sejurus selepas polis tiba di pusat beli-belah Fields yang terletak di antara pusat bandar dan lapangan terbang Copenhagen.

“Tiga individ terbunuh dan beberapa yang lain cedera, termasuk tiga daripadanya dalam keadaan kritikal,” kata Ketua Polis Copenhagen, Soren Thomassen pada sidang media.

“Denmark dikejutkan dengan serangan kejam pada malam Ahad. Beberapa terbunuh. Malah ramai yang cedera. Keluarga yang tidak bersalah membeli-belah atau makan di luar. Kanak-kanak, remaja dan dewasa,” kata Perdana Menteri Mette Frederiksen dalam satu kenyataan lewat Ahad.

“Suasana yang selamat telah ditukar dalam sekelip mata. Saya menggesa penduduk Denmark untuk berdiri bersama dan menyokong satu sama lain dalam masa yang sukar ini.”

Polis Copenhagen berkata, pegawai bersenjata dihantar ke pusat beli-belah Field di ibu negara lewat petang Ahad selepas laporan berlaku tembakan. Rakaman media tempatan menunjukkan kumpulan pembeli yang ketakutan berlari dari pusat beli-belah.

Suspek ditahan pada jam 5.48 petang waktu tempatan (11.48 malam waktu Malaysia), membawa raifal dan peluru. Polis melancarkan operasi mencari secara besar-besaran di seluruh wilayah untuk mengesan rakan penjenayah.

Penyerang menembak mati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-am dan dua “dewasa”, seorang lelaki dan seorang wanita, kata Thomassen.

Siasatan setakat ini tidak menunjuk ke arah motif perkauman atau sebaliknya, tetapi ini boleh berubah, katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok