Thailand mansuh syarat kuarantin wajib kepada pelancong 46 negara

October 21, 2021 · Dunia

Pengembara dari 46 negara berisiko rendah yang lengkap menerima vaksin dibenar melawat Thailand tanpa perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 November, jika mereka tiba menggunakan penerbangan dan negatif ujian Covid-19.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Thailand Chan-o-cha dalam laman Facebook beliau hari ini. Bagaimanapun beliau tidak menyenaraikan nama negara berkenaan.

“Kita perlu pantas bergerak dan melakukannya sekarang kerana jika menunggu untuk semuanya pulih seperti sediakala, kita mungkin sudah terlambat.

“Lebih-lebih lagi pelancong akan membuat keputusan untuk melawat negara lain,” katanya.

Awalnya, Thailand hanya merancang membenarkan pengembara dari 10 negara sahaja, termasuk China dan Amerika Syarikat (AS) yang tidak dikenakan kuarantin, jika mereka lengkap menerima vaksin Covid-19 serta negatif ujian saringan sebelum dan selepas menaiki penerbangan.

Menurutnya rancangan itu diubah susulan tindakan beberapa negara mengumumkan akan membuka semula sempadan antarabangsa dan melonggarkan beberapa syarat bagi menarik semula pengembara antarabangsa.

“Kita perlu mempercepatkan persiapan. Saya telah meminta Menteri Kesihatan Awam untuk meningkatkan pemberian vaksin.

“Keputusan ini memang berisiko tetapi itulah risiko yang perlu kita ambil. Saya rasa Thailand dan negara lain mampu menangani risiko Covid-19 dan kita perlu belajar mengenai keberadaan virus itu,” kata Prayut.

Katanya, kewajipan menjalani kuarantin kekal bagi negara-negara yang tidak tersenarai dalam peraturan baharu itu.

Dalam tempoh 24 jam lalu Thailand merekodkan 9,727 jangkitan baharu dan 73 kematian akibat Covid-19, menjadikan keseluruhannya 1,821,579 kes positif dan 18,559 kematian sejak awal tahun lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok